pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, September 3, 2012

Tu Dia !!! Pakatan Haram Tali Barut Penjajah Era Moden - NGO Kelab 1 Malaysia Brother's (1MB)


GEORGETOWN - Kelab 1Malaysia Brother's (1MB) menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang terus menakutkan rakyat dengan mengatakan Pulau Pinang akan rosak jika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu tidak ubah seperti tali barut penjajah era moden.

Penaung badan bukan kerajaan itu, Datuk Hamzah Zainuddin berkata sebaliknya PR yang perlu berasa takut kerana banyak janji pilihan raya mereka gagal ditunaikan.

"Kesedaran rakyat (Pulau Pinang) sudah ada sebenarnya. Mereka sendiri lihat, masalah penjualan tanah, masalah pembinaan kos rumah rendah dan peniaga kecil masih belum selesai," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kelab 1MB di Bukit Saujana, Paya Terubong, malam tadi.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 2,500 orang termasuk pemimpin BN antaranya ketua pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim, Presiden MIC Negeri L. Krishnan dan Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang.

Mengenai tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan ratusan bendera Malaysia dan BN sempena program pelancaran 1MB itu, Hamzah berkata, PR bimbang dengan kebangkitan BN dan berasa terancam jika rakyat terus memberi sokongan terhadap parti itu.

Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, 1MB merupakan satu keluarga yang besar terdiri penduduk tempatan dari pelbagai kaum dan bangsa untuk menentukan masa depan Pulau Pinang serta menyokong pemimpin yang boleh berjanji dan menunaikannya.

Katanya sebanyak 25,000 borang keahlian kelab berkenaan telah diedar kepada rakyat Pulau Pinang dan 16,300 daripadanya sudah menjadi ahli. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog