pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, September 28, 2012

Panas !!! PAS Tak Dapat Terima Hakikat Bahawa Pakatan Haram Semakin Di Tolak





KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa berlaku penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa pada Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan mendakwa, bantahan yang dikemukakan beberapa pelajar berhubung keputusan PRK di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia perlu diteliti.
“Bantahan ini berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak Hal Ehwal Pelajar universiti yang dilihat memihak kumpulan Pro Aspirasi,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, katanya, DPPM mendesak semua keputusan PRK yang dipertikai mahasiswa digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat aduan yang timbul.
Beliau turut meminta pemantau luar seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam dibenarkan memantau pengundian semula PRK di setiap universiti.
Nasrudin turut meminta perlaksanaan kaedah pengundian secara online (e-voting) dimansuhkan dan pengendaliaan PRK diletakkan di bawah satu Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog