pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, September 9, 2012

Panas !!! Konspirasi Di Antara Negara Jerman Dan SUARAM Untuk Membantu Pakatan Haram Hancurkan Malaysia Terdedah.


Kemelut berkenaan Syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd yang di katakan mempunyai kaitan dengan SUARAM akhirnya pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sudah mengenal pasti lima kes kesalahan yang di lakukan pihak Syarikat terbabit.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pekan, Pahang ketika di satu program perasmian Persidangan Pewakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pekan, hanya satu kes sahaja yang di bawa ke mahkamah dalam masa seminggu dua lagi dan selebihnya akan di siasat secara terperinci sebelum mengambil tindakan.
Selain itu Ismail Sabri mengatakan tindakan yang di ambil SSM bukanlah tindakan yang bersifat politik tetapi tindakan yang di ambil adalah berdasarkan laporan yang di lakukan, mendakwa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi merupakan sebuah syarikat di kenali Suara Inisiatif.
Sebelum ini Wisma Putra telah memanggil Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber untuk memberi penjelasan berhubung penyaluran wang dana kepada Syarikat terbabit.
Menurut Duta Jerman itu lagi dana berkenaan yang kononnya di salurkan kepada syarikat terbabit  merupakan inisiatif-inisiatif projek spesifik.
Bagi Pisau Kedah, apa yang di lakukan Kedutaan Jerman ianya satu tindakan yang tidak wajar dan tidak menghormati kedaulatan Malaysia sebagai sebuah Negara yang Merdeka.
Cubaan Kedutaan Jerman itu menyampuri dalam sesetengah urusan hal ehwal Malaysia boleh memberi permasalahan kepada perhubungan dua hala di antara Malaysia dan Jerman 
Kedutaan Jerman haruslah mengetahui Rakyat Malaysia masih mampu mentadbir Negara Malaysia. Majorit rakyat Malaysia tetap sayangkan pentadbiran kerajaan sedia ada yang terbukti telah membentuk keamanan Malaysia selepas Merdeka.
Tindakan yang di ambil Kedutaan Jerman cukup mengecewakan rakyat Malaysia setelah mengetahui tindakan kedutaan Jerman itu membiayai SUARAM melalui Syarikat Inisiatif untuk mengugat ke amanan Malaysia.
Pisau Kedah dapat rasakan tindakan Kedutaan Jerman itu adalah di sebabkan ketidak puasan  hati setelah pihak Malaysia telah membeli dua kapal selam dari Perancis dan Suara Inisiatif di gunakan sebagai saluran untuk membalas dendam kerana Malaysia tidak membeli kapal selam dari Jerman.
Setelah itu Suara Inisiatif melalui SUARAM yang kononnya sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan di bayangi oleh Pakatan Haram telah mengunakan kesempatan yang ada setelah mendapat dana bagi menjatuhkan Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran YAB DS Najib Razak.
Tindakan yang di ambil SUARAM mempersoalkan Kerajaan Malaysia ternyata ianya bersifat politik setelah Mat Sabu sendiri melalui ucapannya sebelum ini di dalam ceramahnya di Merbok mengakui telah di jemput satu majlis SUARAM  ( Pembiayaan Perbicaraan Kes Scorpene )


Jika di lihat dari dana yang di beri Kedutaan Jerman kepada Suara Inisiatif dan bergerak menggunakan SUARAM dan di bayangi politik Pakatan Haram ternyata telah jelas niat Pakatan Haram hanyalah mahukan jawatan tapi tidak memperdulikan nasib Negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog