pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 26, 2012

Pertanda Mahasiswa Berfikiran Matang Di Pilihan Raya Kampus Dengan Tidak Memilih Pro-Mahasewel



Sehingga jam 1:40 pagi tadi, Pro-Aspirasi Mahasiswa (Pro-AM) menguasai Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2012/2013. Pro-AM mengatasi kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang membawa aspirasi pembangkang dengan menguasai MPP di 17 universiti awam berbanding Pro-M yang hanya menang di sebuah universiti. Keputusan di dua buah universiti lagi, iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM) masih lagi dinantikan. 

Di UIA, Pilihan Raya MPP akan diadakan semula selepas mendapat keputusan Senat Universiti akibat kegagalan fungsi sistem e-Voting. Manakala di UM, pertandingan sengit menyaksikan Pro-AM sedang mendahului 21 kerusi, berbanding Pro-M yang memperolehi 19 kerusi dan dua lagi kerusi berkeputusan seri. Pengundian semula akan diadakan pada hari Jumaat bagi menentukan keputusan kedua-dua kerusi ini.

Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa telah mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M. Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50/50 kerusi), UniMAP (31/31), UTeM (28/28), UniSZA (24/24) dan UTHM, 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.




Keputusan rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Sains Malaysia memihak kepada kumpulan Pro-AM. Pro-AM menang besar dengan 37 kerusi, berbanding Pro Mahasiswa, hanya 7 kerusi dan 1 kerusi tidak dipertandingkan kerana tiada calon. 

Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Di UPM, Pro-AM telah memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan, di UUM, Pro-AM 34 kerusi daripada 36; di Unimas kesemua 12 kerusi; di UPSI 24 daripada 29 kerusi; di UMP 22 daripada 24 kerusi; di UMT 18 daripada 20 kerusi, di UPNM pula mereka menang kesemua 14 kerusi, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 48 daripada 54 kerusi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kesemua 24 kerusi; Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) 13 daripada 13, Universiti Malaysia Sabah (UMS) 36 daripada 38 kerusi; Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 10 daripada 14 kerusi.

Sehingga saat berita ini ditulis Pro-M hanya memenangi MPP di satu universiti, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pro-M cuma menang 18 kerusi berbanding 10 yang dimenangi Pro-AM. 


Tun Faisal

1 comment:

Anonymous said...

Antara Rakaman Mansor Kutuk Guan Eng dan Rakaman Anwar kacau bini orang ketika jadi Timbalan Perdana Menteri, yang mana lebih hebat? Dengar keduanya:
http://satulimatiga.blogspot.com/2012/09/suara-mansor-kutuk-guan-eng-tokong-vs.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog