pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, September 10, 2012

Panas !!! Memang Benar Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Berniat Mahu Lepaskan Tembakan Kepada Orang Awam.???




Agak keterlaluan apabila pengawal peribadi Anwar Ibrahim dengan sengaja mengacukan senjata api kepada orang ramai ketika berada di dalam kereta jenis Toyota Camry ketika mengiringi Bas yang di naiki Anwar Ibrahim untuk promosi Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh semenanjung Malaysia.

Ada pihak menyatakan tujuan pengawal peribadi Anwar menunjukan senjata api adalah bertujuan untuk mengertak pemuda Melaka dari menghalang perjalanan BAS yang di naiki Anwar melalui laluan di mana pemuda Melaka berkumpul untuk membantah kehadiran Anwar bersama rombongannya.

Namun apa yang Pisau Kedah dapat maklumat setelah sekumpulan anggota polis berpakaian reman menahan pengawal peribadi Anwar itu merampas senjata api yang di milikinya dan di ketika itu pihak polis mendapati peluru senjata api yang di gunakan pengawal peribadi Anwar di dalam keadaan bersiap sedia untuk di lepaskan tembakan.



Maknanya dalam keadaan itu Pengawal Peribadi Anwar sememangnya mempunyai niat untuk melepaskan tembakan terhadap orang awam walau pun tiada ancaman membahayakan keselamatan Anwar.

Sebagai Pengawal Peribadi yang mempunyai senjata api, pengawal terbabit patut mengetahui dan peka dengan keadaan sekeliling dengan berfikiran waras sebelum mengambil tindakan.

Pisau Kedah tidak nampak keadaan Anwar berada di dalam tahap bahaya untuk pengawal peribadi berkenaan mengambil tindakan mengacu senjata api kepada orang awam di dalam keadaan peluru senjata api tersebut siap sedia di lepaskan tembakan ketika melintasi kumpulan pemuda tersebut
.


Kedudukan Anwar ketika itu sedang berada dalam BAS Jelajah Merdeka Rakyat. Mustahil bagi pemuda yang mengadakan bantahan tersebut boleh menyentuh dan memudaratkan tubuh badan Anwar yang berada di dalam BAS.

Bagi Pisau Kedah tindakan yang di ambil oleh pengawal peribadi Anwar sememangnya tidak wajar dan sepatutnya hukuman yang berat patut di kenakan terhadap pengawal tersebut dan lesen senjata apinya di gantung kerana mengancam nyawa orang awam.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog