pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, September 18, 2012

Panas !!! Salah Laku Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Yang Patut Rakyat Dan Ahli PAS Kedah Ketahui

Baru-Baru ini Team Media Kedah ada mendedahkan bagaimana Azizan Razak telah mengkayakan kroni melaui projek dari Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) kepada syarikat Quartzcity Global Resources di sini


Di sebabkan pendedahan itu Setpol Azizan Razak, Sanusi telah bersilat sakan untuk menepis pendedahan yang di lakukan oleh Team Media Kedah dalam blog peribadinya sehinggakan Pisau Kedah dengar PMBKed terpaksa adakan mensyuarat tergempar untuk menjawap isu ini ( PMBKED seolah berada dalam keadaan tertekan )

Di bawah ini merupakan sebahagian jawapan yang berbelit-belit setpol Azizan Razak, Sanusi yang terpaksa bersilat menepis pendedahan dari TMK berkenaan kerja sulit Kerajaan Kedah melalui PMBKED


Sedikit petikan..
Kalau rasa nak baca penuh tulisan si Sanusi ni, boleh klik SINI. Malah sahabat blogger TMK Duke Of UMNO telah menjawab persoalan demi persoalan Sanusi tu dengan detail kat SINI.

Kalau ahli PAS Kedah yang masih tak tahu akan hal ini, jangan takut Kami TMK akan dedah sedikit demi sedikit bersama dengan bukti untuk menunjukan bahawa kami TMK bukan pengfitnah seperti mana yang di dakwa Setpol Azizan Razak.


Untuk pengetahuan, kami dari TMK ada banyak dokumen berkenaan kerja kotor orang kepercayaan Azizan Razak di dalam PMBKed iaitu Mihat Shaari mengkayakan kroni Azizan Razak yang berada dalam syarikat Quartzcity Global.

Pisau Kedah dan TMK percaya Azizan memang tak tau apa-apa, sebab yang buat kerja kotor ni orang bawah dia. Tetapi sebagai MB Kedah, Azizan perlu peka dan teliti sebelum melepaskan tanggung jawabnya kepada orang lain yang dia percaya, dan benar-benar ikhlas membuat kerja untuk membangunkan negeri Kedah.

Khas kepada Sanusi, ini hanya mukadimah bro, ianya permulaan dari pendedahan yang amat dahsyat dan akan mengemparkan seluruh negeri. Perihal yang akan kami dedahkan nanti, Pisau Kedah rasa rakyat Kedah pun terkejut dan tidak percaya dengan apa kerajaan negeri dan PMBKed lakukan selama ini.

Selama 4 tahun Pas memerintah Kedah, macam-macam yang telah mereka lakukan. Malah maklumat terbaru yang kami dapat, mereka merampas tanah orang kampung, semata-mata untuk jayakan projek kroni. Kami ada dokumen, laporan polis dan laporan kepada SPRM. Ini bukan main-main, malah kami akan dedahkan perkara ini kelak.

Biar rakyat Kedah kenal siapa sebenarnya Pas Kedah yang dulu katanya memperjuangkan Islam. Kononnya merekalah yang berkebajikan, tapi hakikat sebenarnya, mereka bertindak seperti penyamun yang menyamun tanah orang kampung demi kepentingan sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog