pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, November 30, 2011

Kerajaan Negeri di bidas Mufti Kedah

Pusat Hiburan di Kedah tumbuh bagaikan cendawan.



Kelab tumbuh bagai cendawan calar imej Islam 

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah digesa memantau kewujudan pusat hiburan di negeri itu yang dikatakan hidup bagai cendawan tubuh selepas hujan kerana fenomena itu boleh mencalar imej negeri yang majoriti masyarakatnya beragama Islam. 

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderuddin Ahmad, berkata kewujudan pusat hiburan tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa boleh memberi kesan negatif dalam institusi masyarakat, selain menyinggung perasaan umat Islam di negeri ini. 

“Fenomena ini tidak seharusnya berlaku di negeri ini mempunyai pegangan Islam yang kuat dan pasti ia meninggalkan kesan tak baik, khususnya kepada masyarakat Islam jika dibiarkan tanpa pemantauan. 

“Justeru, saya harap perkara ini dipandang serius pihak berkaitan kerana kita tidak mahu usaha menggalakkan rakyat mendalami penghayatan Islam menerusi penghayatan dan amalan, pada masa sama ada pihak cuba menggagalkan usaha berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa kewujudan pusat hiburan di bandar raya ini bagai cendawan tumbuh elepas hujan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir negeri. 

Sehubungan itu, Muhammad Baderuddin berharap isu itu dapat diatasi dengan bijak oleh pihak berkuasa tempatan termasuk kerajaan negeri dalam usaha memelihara keharmonian Islam di Kedah. 
“Malah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam amanatnya ketika bertitah sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini turut meminta umat Islam di negeri ini supaya mendalami Islam dengan penghayatan sebenar dan kita tidak mahu perkara seumpama menggagalkan usaha berkenan,” katanya. 



TUDIAA!! HIMPUNAN PEMUDA KOSONG DAN TIDAK DAPAT SAMBUTAN!!



Biasanya kita selalu dengar istilah - istilah seperti kerusi kosong, dewan lenggang, sebab tak de orang datang sesuatu majlis.

Tuesday, November 29, 2011

PANAS!! AKIBAT TEKANAN POLITIK BADROL BAKHTIAR BAKAL TINGGALKAN KEDAH!!


Dulu Azraai Khor bekas jurulatih pasukan Kedah yang diganggu dengan tekanan politik. Kini Badrol Bakhtiar pula dikatakan akan mengalami masalah yang sama seperti bekas jurulatih itu. Apa dah jadi ni?

Mc diberitahu, keluarga Badrol ni lebih kepada penyokong kerajaan pusat. Pro-BN. Sebab itu ada diantara pengurusan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) yang sememangnya didalangi oleh kroni-kroni kerajaan negeri Pas, yang menekan beliau hingga dikatakan beliau mahu meninggalkan pasukan Kedah dan menyertai pasukan Johor.

Apa la punya baghal puak Pas ni. Si Badrol tu, merupakan pemain 'emas' dalam Malaysia. Kalau pasukan Kedah lepaskan Badrol, Mc percaya beratus lagi pasukan lain yang akan berebut-rebutkan beliau. Tolonglah wahai Pas, tolonglah asingkan politik dengan sukan. Sukan tu sukan la, politik tu politik la. Apa yang susah sangat?

Sejahtera Rakyat..Kerajaan Negeri Kedah tak telus terhadap rakyat negeri Kedah

RM 100 kepada pelajar dari setiap keluarga di Negeri Kedah.




Tak sepatutnya logo ini Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua di guna pakai lagi di Kedah..dalam belanjawan Kedah "sejahtera Rakyat"..isu pemberian RM100 hanyalah kepada pelajar dari setiap keluarga yang mendaftar dengan e-Sinar...kenapa tidak semua rakyat Negeri Kedah?yang mempunyai anak yang masih belajar??kenapa perlu Kerajaan Negeri Kedah memberi syarat untuk mendapat bantuan RM100.Kenapa orang yang mendaftar e-Sinar sahaja rakyat Kedah?..yang bukan daftar e-Sinar bukan rakyat Kedah ka??,,dan tak berhak dapat bantuan ka?apa gunanya moto belanjawan Kedah "Sejahtera Rakyat".lebih baik gunakan belanjawan Kedah "Sejahtera e-Sinar" sahaja...Sebelum ni apabila Kerajaan Pusat memberi sumbangan RM100 kepada keluarga pelajar,,ada pihak dari PR rakyat yang busuk mulutnya menyatakan itu adalah untuk membeli undi kepada BN..tetapi tidak pulak kepada Kerajaan Negeri Kedah....setelah memberi RM100..

Di Sini Pisau Kedah nak cabar sesiapa sahaja siapa boleh bagi hujah..kenapa Pemberian RM100 kerajaan pusat di anggap membeli undi..dan pemberian Kerajaan Negeri Kedah bukan membeli undi?????

ada berani???

Monday, November 28, 2011

GEMPAR!! PAS KEDAH JUGA MAHU BERI RM100 PADA SETIAP PELAJAR DI KEDAH??


Apabila kerajaan pusat membantu rakyat dengan bantuan rm100 pada setiap pelajar sekolah. Tidak kira sekolah apa jenis sekali pun. Dengar kata kerajaan Pas Kedah juga turut mahu membantu dengan menghadiahkan rm100 kepada setiap orang pelajar sekolah di Kedah.

Betui ka?

PANAS!! CEDERA PARAH DI SERANG BABI HUTAN!!

ini babi pas ni..

PENDANG - Seorang penduduk cedera parah selepas diserang babi hutan di belakang rumahnya di Kampung Pokok Tai Lama dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Nordi Said, 51, dikatakan keluar dari rumahnya setelah terdengar bunyi bising dan cuba meninjau keadaan yang disangkanya disebabkan oleh kambing orang kampung yang sering berkeliaran di kawasan rumahnya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Yan pada pukul 2 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani setelah keadaan mangsa menjadi kritikal.

Adik mangsa Jaafar Said, 37, yang tinggal berdekatan rumah mangsa berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa abangnya itu daripada isteri mangsa yang datang ke rumahnya meminta pertolongan.

"Kakak ipar saya datang ke rumah saya untuk beritahu kejadian itu. Masa saya sampai di tempat kejadian saya lihat babi masih sondol abang dan gigit abang saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jaafar berkata dia lalu menghalau binatang berkenaan dengan menggunakan ampaian besi.

"Bila saya cuba menghalau babi itu, babi itu serang saya pula. Bila saya lari, babi itu patah balik dan terus sondol abang saya.

"Saya terus berlawan dengan babi itu hingga babi itu akhirnya melepaskan abang saya dan lari masuk ke dalam hutan berhampiran," katanya yang memberitahu babi hutan itu adalah jenis babi tunggal yang besar.

Jaafar berkata doktor memaklumkan kepadanya bahawa abangnya mengalami pendarahan dalaman di bahagian dada dan masih belum sedarkan diri di wad kecemasan.

Katanya pihak JPAM telah menghubungi Jabatan Perhilitan untuk mencari babi hutan berkenaan. - Bernama

Ini semua disebabkan pembalakkan besar-besaran di Kedah. Menyebabkan babi hutan tadi masuk kampung dan mengamuk. Habitatnya di ganggu, akhirnya rakyat juga yang jadi mangsa amukkan binatang.

Sunday, November 27, 2011

PANAS!!! LAGI PENIAGA MENGAMUK DI KEDAH!!



Seramai 60 orang peniaga terpaksa menanggung kerugian keseluruhan hampir RM20,000 apabila mereka dihalang berniaga di tapak berhampiran Pasar Tani Taman Wira Mergong, semalam.

Ahli Persatuan Penjaja Kecil Alor Setar, Abu Hassan Ahmad, 59, berkata, mereka tidak puas hati dengan tindakan penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang meletakkan notis tidak membenarkan aktiviti perniagaan dijalankan di kawasan berkenaan tanpa memaklumkan kepada peniaga lebih awal.

PANAS!! LAGI PUSAT MAKSIAT DI TUBUHKAN DI KEDAH!!



UMNO Kedah mempersoalkan bagaimana semakin banyak pusat hiburan seperti bar, pusat karoke dapat beroperasi dengan mudah di negeri ini.

“Apakah keperluan Kedah yang mempunyai penduduk Islam yang begitu ramai mempunyai pusat hiburan yang banyak. Adakah kerajaan negeri menghalalkan semua itu demi potik mereka,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Saturday, November 26, 2011

TUDIAA!! UTUSAN FITNAH HARAKAH??!


Harakah terbitan terbaru, mendakwa laporan bersiri akhbar Utusan Malaysia adalah satu fitnah terhadap Pas Kelantan. Pas menegaskan, air di Kelantan tidak seteruk yang seperti yang digambarkan.

Pas kata air kat Kelantan tak cukup teruk. Air kat Kelantan tu kira ok la bagi depa. Mai kita tengok gambar perbezaan nyata diantara air bersih dengan air dari paip air di setiap rumah di Kelantan.


PANAS!! PROJEK KELI K, PAS KEDAH, HAMPIR BUNGKUIH!!



Syabas kepada kerajaan Kedah kerana berjaya merugikan hampir RM400,000 dalam projek ternakan ikan Keli-K yang diusahakan di Sungai Pau, Sik.

Amiruddin a.k.a. Amiruddin-K
Angka itu bukan UMNO yang kata, bukan BN yang reka, tapi disebut sendiri oleh EXCO Industri, Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Kata Amiruddin, projek itu dilaksanakan oleh Novel Ventures Sdn Bhd (NVSB) di tanah seluas kira-kira lima hektar secara usaha sama, iaitu Menteri Besar Diperbadankan yang memegang saham 51 peratus dan Dawi Corporation 49 peratus saham.

TERGOLEK!! PENCACAI PAS BIRU MUKA, BILA TPM IMAMKAN SOLAT ZOHOR!!


Ceritanya pendek saja. Cerita ni pun disampai oleh jemaah yang ada pada waktu TPM datang ke MASJID AL IRSHAD untuk mengimamkan solat Zohor. Peristiwa ni terjadi sewaktu TPM menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Serdang, Bandar Baharu, baru-baru ini. Nak baca klik SINI

Dalam slot lawatan, TPM memang ada tertulis bahawa TPM TS Muhyiddin akan bersolat Zohor di Masjid MASJID AL IRSHAD itu. Pada mulanya Mc dengar ramai pencacai Pas yang menentang dan membantah kehadiran TPM untuk bersolat di Masjid. Mereka takut TPM mengunakan masjid untuk kerja-kerja politik.

Friday, November 25, 2011

PANAS!! VIDEO TERHANGAT DI PASARAN!!

KASI PANAS!! Kalut Bini Orang Tak Pakai Tudung Pasai Apa..??

PANAS!! PAS KEDAH KAYAKAN LEMBU PUDIN NASUTION!!


PKR ialah Pakar Kelentong Rakyat. Full stop.

Kedah Times bukan nak sentuh tentang PKR atau Pakar Kelentong Rakyat tetapi nak sentuh tentang Pengerusi Kelab Golf Kulim yang terletak di KHTP, Kedah.

Yang menjadi Pengerusi Kelab tersebut ialah Saifudin Nasution. Ahli Parlimen Macang, Kelantan. Apa kejadahnya ahli Parlimen Kelantan dilantik menjadi Pengerusi Kulim Golf Club ni? Kenapa tidak dilantik saja ahli PAS Kedah?


Atau ahli PKR Kedah?

Apakah bodoh sangat kah orang PAS Kedah sehingga nak jadi pengerusi Kulim Golf Club pun tak mampu? Atau sengaja orang PAS Kedah tak mau jadi Pengerusi kerana takut ada benda haram berlaku atau dijual di kelab?

Kalau takut sangat tentang benda haram tu, jangan jadi ahli Majlis Sg Petani atau Alor Setar. Banyak pusat karaoke, kedai arak, Pub dan pusat urut urat dan seks berleluasa. Lebih henat dari Kulim Golf Club!

Tapi pokoknya tak ada yang layakkah untuk menjadi Pengerusi Kulim Golf Club sehingga terpaksa import dari Kelantan? Tak ada anak Kedahkah yang layak sekurang-kurangnya, jika pun PAS tidak mahu terlibat dengan Kelab macam ini?

Takkan orang kuat PAS yang melalak seluruh kampung mengatakan UMNO Zalim, jahat, korup dan sebagainya yang boleh diletakkan sebagai Pengerusi?

Atau kaki-kaki golf dikalangan exco atau orang kuat PAS yang sudah mula berjinak dengan sukan Tiger Wood ini! Bolehlah bermain percuma di Kelab ini.

Tetapi yang sahanya Kedah Times nampak, PAS Kedah telah ditipu dan dikelentong oleh Pakar Kelentong Rakyat. Pakar Kelentong Rakyat ini menganggap PAS hanya orang bodoh yang boleh dibua dengan janji dan duit.

heheh memang itulah yang PAS selalu buaikan penyokongnya .... sokong PAS syurgalah tempatnya ... serah negara kepada orang luarpun .... syurgalah tempatnya ... itu janji pemimpin PAS kepada pengikutnya ... bukan janji Kedah Times ...

Kedah Times

Ingatkan bola sepak saja guna awang import,pengerusi kelab golf pun kena panggil orang luar.tapi bukan ahli pas,depa kutip siputdin..Pas dah tak dak orang lain ka yang boleh jadi pengerusi kelab golf.takkan orang pas tak pandai main golf kot?Golf ni senang ja macam p menebas kat hutan la,bawa tajak..

Apa keistimewaan siputdin ni..adakah beliau memang seorang GOLFAHOLIC? atau pas kedah memang dah tak percaya ahli ahlinya sendiri?kesian betul,anak negeri sendiri pun tak diterima untuk pegang jawatan..

PMK
PAS tak suka jolok benda ni.pas suka jolok yang geli geli

PANAS!! EXCO SKANDAL KAKI MOHONG!!



Aku pedih hati menonton video sidang DUN Kedah yang baru berlangsung minggu ini ...

Seorang Exco yang kalau tak silap aku dimaklumkan bahawa beliau baru memasang "cawangan" hasil dari putik percintaan "kekasih gelapnya" telah menjawab seolah-olah PAS Negeri Kedah ni mengekalkan bilangan Pusat-Pusat Hiburan semenjak Zaman BN Memerintah dahulu, KONONNYA tanpa ada pertambahan baru (berlesen) setelah PAS Kedah memerintah negeri ini !

Memang haprak punya jawapan !

Dan aku agak pedih , kenapa puak Pembangkang DUN Kedah (YB dari UMNO/BN) buleh dok senyap tak melawan dalam hal ni ? Padahal Blog aku ni (AloQStaQBlog) dah berbuih mulut berulang kali mendedahkan pertambahan Pusat-Pusat Hiburan baharu HANYA DI BANDARAYA ALOR SETAR ! BUKAN DICAMPUR DENGAN LAIN-LAIN DAERAH SEPERTI SUNGAI PETANI & KULIM LAGI !!? ...

Bodoh punya PAS Kedah yang memerintah !
Kena la dengan Pembangkang DUN Kedah, aku rasa depa ni semua pun dok tidoq kot ?!

Tak study langsung bab nak lawan PAS Kedah dengan fakta mudah macam ni ! ... aku pelik sungguh laaa !

Elok laaaaa dua-dua puak hangpa ,
Satu Geng tu menipu kuat,
Satu Geng lagi ni nganga kuat, semua sunyi sepi kena tipu depan-depan muka !

Sambung Baca Sini

PANAS!! PEREMPUAN MATI DI BUNUH!!

Bukan gambar sebenar..


ALOR SETAR: Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Jaya, Jalan Langgar di sini malam Rabu.

Mayat Heng Song Moi, 59, ditemui oleh anak lelakinya dengan terdapat beberapa kesan tikaman di lehernya.

"Kita masih mencari seorang lelaki Myanmar yang bekerja sebagai pembantu mangsa di sebuah gerai mee di Jalan Putra bagi membantu siasatan," kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan.

Beliau berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.45 malam.

Hasil bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah mendapati mangsa mati disebabkan dari luka tikaman kepada lehernya, kata Adzaman. - BERNAMA

Thursday, November 24, 2011

EKSKLUSIF! 20 RIBU ORANG HADIRI JAMUAN RAKYAT 1 MALAYSIA DI SERDANG, BANDAR BAHARU, KEDAH!

Seperti yang dijanjikan Mc mengupload gambar-gambar sekita Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia. Mc pun tak sangka majlis ini akan mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat. Ingatkan kawasan Kelabu ni takdak orang nak mai sokong majlis kerajaan. Rupanya, penuh, nak berjalan pun susah.

Layan gambar-gambar dulu..

Puteri UMNO Menunggu ketibaan TPM

waktu ni tak berapa ramai, dalam 12,000 orang saja..

Masih menunggu..

Ketibaan TPM dan majlis menjamu selera dah bermula..

pada waktu ini hampir 20,000 orang.. sesak..


Tumpuan pada pentas.. amanat TPM

Kerusi penuh...

TPM sedang memberi amanat..

Pengerusi UMNO Kulim Bandar Baharu..

TPM mula berucap..

Turut bersama, Ahmad Bashah, Mukriz Mahathir, Mahadir Khalid dan beberapa pemimpin tertinggi BN Kedah

Sedang menghentam kerajaan negeri Pas Kedah

Ustat Azizan mana tau apa!! kata TPM

Peruntukkan untuk masjid besar baru RM5 juta..

Hospital Serdang dan juga jalan besar untuk memudahkan penduduk juga akan dipertimbangkan..

Kehadiran TPM menyemarakkan lagi semangat komponen BN bahagian Kulim Bandar Baru. Majlis ini mendapat sambutan hebat daripada penduduk setempat dan juga kawasan yang berhampiran. Gelombang perubahan sudah dapat dirasa dengan kehadiran yang sebegini ramai.

Sudah lama kawasan Serdang dipinggirkan dari kemajuan ekonomi. Hinggakan jalanrayanya juga berlubang-lubang. Segala Infrastruktur untuk kemudahan rakyat juga terpinggir. Rakyat di sini dahagakan kemajuan dan kemudahan.

Kehadiran TPM membawa durian runtuh apabila turut menambah perbelanjaan sekolah-sekolah disekitar Kulim Bandar Baru. Projek-projek mesra rakyat juga akan dipertimbangkan. Seperti Hospital Besar, Masjid besar baru, stadium kegunaan orang ramai dan juga kemudahan jalanraya untuk penduduk berulang alik ke bandar Kulim dan Pulau Pinang.

Masih ada projek-projek mega yang akan dibawa masuk untuk memudahkan rakyat. Nak mengharapkan kerajaan negeri? Mana pernah kerajaan negeri membuat projek mesra rakyat? Nak bina sebuah masjid pun Pas Kedah tak mampu.

Hanya satu kerajaan yang membela rakyat, dan satu cara untuk mengubah nasib rakyat Serdang, Kulim Bandar Baru, hatta rakyat Kedah.  Rujuk kepada gambar dibawah.



McTheory:
PRU ke 13 ni.. mai pakat-pakat kita kaleh..kerajaan Kedah..

Gempar!! Kat Kedah Pun Ada Kes Curi Pasir!!




Dengan permit dan alasan membersihkan sungai. Ada kontraktor menyalahgunakan permit dengan mengorek pasir sungai untuk mendapatkan sumber yang lumayan.

Dikebanyakan tempat di sungai Serdang dan Air Putih, berhampiran kawasan kebun kelapa sawit. Ada kontrak yang menyalahguna permit dengan membuat korekan besar di tepi sungai sehingga menganggu aliran air sungai.

Perbuatan mengorek pasir haram dilakukan dengan mengunakan jentera-jentera besar dan berpuluh lori pasir keluar masuk untuk mengangkut pasir. Kegiatan dilakukan diwaktu malam.

TUDIAA!! Kondom Balun Pondan Bersepah Kat Kedah!!



LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.

Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.

Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.

Thursday, November 17, 2011

Pendedahan tentang dakwat kekal

Apa itu dakwat kekal


Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.

Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu.[1] Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namiun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.
Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga laporan mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.

Selamatkah atau kekalkah dakwat kekal di gunakan dalam PRU..ikuti pendedahan dari seorang otai blogger  sila klik di sini

Wednesday, November 16, 2011

Exco Kerajaan Negeri Kedah sembunyikan fakta sebenar

  Adun Bukit Selambau (N25) merangkap Exco Kerajaan Negeri
memutar belit fakta sebenar bencana alam yang berlaku 
di kawasannya di dalam surat khabar Warta Darul Aman



NamaYB. S. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM, AMK.
PortfolioPelancongan
Hal Ehwal Masyarakat India
Pengurusan Sumber Manusia


Helaian surat khabar Warta Darul Aman..terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kedah (keluaran September / oktober 2011) muka surat 11






Ini gambaran sebenar petugas UMNO/BN cawangan Taman Bandar Baru,Sungai Lalang bersama kakitangan JKM dan I.C.U (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) bahagian Kuala Muda bertungkus lumus hingga ke lewat malam untuk menyenaraikan dan mendaftar mangsa ribut di kawasan itu

salah sebuah rumah yang rosak teruk di dalam kejadian Ribut pada 10 / 08 /2011





Petugas dari UMNO/BN cawangan dan JKM mengambil keterangan dari mangsa ribut



Keterangan Mangsa ribut di sertakan laporan Polis



Pendaftaran oleh kakitangan JKM

Selepas selesai pendataran mangsa ribut................




Mensyuarat tergempar di adakan di antara penduduk,ketua UMNO cawangan,bersama wakil JKM dan I.C.U (bahagian Kuala Muda) di dalam Dewan UMNO cawangan Taman Bandar Baru

Pada lewat tengah malam para petugas menyalurkan bantuan makanan dan lawatan bersama pihak JKM dan I.C.U



Di sebalik usaha keras petugas UMNO dan kakitangan JKM , kakitangan I.C.U..S.Manikumar hanya mengambil kesempatan menujuk keperihatinan sebagai YB kawasan itu..langsung tiada petugas dari kalangan Pakatan Rakyat yang membantu..selang beberapa hari baru bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri sampai berjumlah RM200 ringgit setiap rumah mangsa ribut..selepas itu tiada apa-apa bantuan dari PR..namun dari pihak JKM bantuan terus menerus,,sehinggalah penyelengaraan selesai di semua rumah mangsa ribut,,dan kosnya di tanggung semua oleh JKM dan I.C.U..
sehingga hampir menjelang hari raya..Pihak I.C.U telah memberi sumbangan kewangan untuk menyambut hari raya



PSSST...
Kalau bab nak putar belit dan sembunyikan fakta..Pakatan Rakyat memang cekap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog