pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, September 22, 2012

Majlis Penikahan Di Raja Puteri Sultan Hassanal Bolkiah

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah.
Puteri Hafizah Sururul Bolkiah

Majlis nikah Diraja Brunei meriah
Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub,

BANDAR SERI BEGAWAN  - Anak perempuan kelima Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, bakal melangsungkan persandingan esok dalam majlis perkahwinan yang akan diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Istana Diraja Brunei.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

Sejurus istiadat akad nikah, kedengaran tembakan meriam 21 das berkumandang di udara.

Puteri Hafizah Sururul merupakan pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan bertugas sebagai pegawai di Kementerian Kewangan, manakala Muhammad Ruzaini seorang penjawat awam di Pejabat Perdana Menteri.

Manakala bagi majlis persandingan esok, dianggarkan 1,700 tetamu akan menghadiri majlis resepsi di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.-SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog