pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, September 21, 2012

Panas !!! AJK Masjid Akui Khutbah Jumaat Yang Memperdagangkan Nama Rasulullah S.A.W Benar-Benar Berlaku

Mohd Halizal Bin Allias
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan satu khutbah Jumaat yang mempergunakan nama Nabi Muhammad S.A.W untuk kepentingan politik yang telah di baca oleh Khatib Mohd Halizal bin Allias, 29 tahun di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kulim.

Mungkin ada sesetengah pihak yang mempertikai apakah benar khutbah Jumaat itu telah di sampaikan khatib berkenaan kerana tidak mempunyai pengesahan dari pihak Masjid berkenaan.


Bagi mengesahkan bahawa ketulenan khutbah Jumaat berkenaan, seorang AJK Masjid berkenaan telah di hubung melalui panggilan telefon sebagai bukti bahawa khutbah Jumaat berkenaan sememangnya telah di sampaikan khatib berkenaan di Masjid Jamek An-Najah pada 07hb yang lalu.

Marilah kita mendengar panggilan telefon yang telah di lakukan kepada salah seorang AJK Masjid berkenaan. Dalam rakaman telefon berkenaan, nama AJK Masjid terpaksa di rahsiakan demi keselamatan diri AJK Masjid berkenaan.



Dalam rakaman panggilan telefon itu, AJK Masjid berkenaan mengakui Masjid itu sememangnya di gunakan untuk politik dan setiap khutbah Jumaatnya berbentuk politik kerana Masjid itu merupakan tempat kubu kuat penentang Kerajaan Pusat di Padang Serai. Segala Teks khutbah Jumaat yang di berikan Majlis Agama Islam tidak di guna pakai.

Menurut AJK Masjid itu lagi. Majlis Agama Islam sudah mengetahui akan hal Majid berkenaan mengunakan Khutbah Jumaat yang berbaur politik namun tidak ada tindakan yang di ambil pihak Majlis Agama Islam yang seolah-olah menyokong mimbar masjid di gunakan untuk berpolitik.

Sebagai satu Majlis di bawah kuasa Sultan, pihak Majlis Agama Islam tidak sepatutnya pro kepada mana-mana parti politik kerana tidak semestinya Umat Islam di Malaysia mempunyai ideologi politik yang sama.

Sekiranya mimbar Masjid di gunakan untuk tujuan politik maknanya ia akan mengakibatkan perpecahan di kalangan Umat Islam di sebabkan ideologi politik yang berbeza.

Majlis Agama Islam sepatutnya berusaha di dalam menyatu padukan Umat Islam. 

Islam sememangnya tidak dapat di pisahkan dengan politik, tetapi sekiranya Islam itu di politikan ianya akan mengakibatkan keburukan kepada Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog