pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, September 25, 2012

Tu Dia !!! Sijil Ijazah KUIN Hanya Layak Untuk Membungkus Nasi Lemak




Graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) terkilan dengan sikap pentadbiran kolej universiti itu kerana sijil mereka didakwa tidak mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi.


Sumber berkata, tujuh graduan terbabit melahirkan rasa terkejut apabila ijazah yang diperoleh pada Konvokesyen Insaniah, 17 September lalu tidak diiktiraf.

“Graduan cuba mendapatkan sijil, tetapi dimaklumkan sijil itu tidak boleh diberikan kerana tidak mendapat akreditasi penuh daripada MQA.

“Difahamkan, mereka sudah pun membuat aduan kepada dekan kuliah berkenaan untuk diambil tindakan,” katanya.




Menurut sumber lagi, penuntut terbabit memberi tempoh seminggu kepada pentadbiran Insaniah, dan sekiranya gagal menyediakan sijil berkenaan, mereka akan tampil membuat kenyataan.

“Antara punca proses permohonan MQA tergendala didakwa kerana pengurusan kolej gagal menyiapkan dokumen untuk akreditasi secara sempurna, menyebabkan permohonan ditolak,” katanya.

Difahamkan, dokumentasi yang siap diserahkan kepada Hal Ehwal Akademik (HEA) untuk dipanjangkan kepada MQA namun ditolak, atas alasan dokumentasi berkenaan tidak menepati format ditetapkan.

“Ini bukan masalah MQA tidak mahu beri pengiktirafan, tetapi seolah-olah pihak kolej tidak prihatin dengan masalah penuntutnya. Kesannya, penuntut terbabit tidak boleh memperoleh Ijazah walaupun sudah tamat konvokesyen dan selesai bayar yuran,” katanya.

Menurutnya, ini juga menyebabkan sebahagian graduan tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) lain, selain tidak dapat membuat permohonan kerja dengan sektor awam.

Kepada pembaca yang ingin mengikuti perkembangan di dalam KUIN boleh lawati blog Berita KUIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog