pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, September 24, 2012

Panas Gila !!! PAS Hilang Teloq Untuk Berhadapan Dengan Ngeh Koo Ham




Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya, namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega.


Mesej dari twitternya yang mempertikaikan kesungguhan umat Islam membantah filem Innnocence of Muslims terbukti adalah satu bentuk penghinaan yang mendedahkan betapa tidak sensitifnya pemimpin DAP itu terhadap hati nurani orang Islam.

Ngeh Koo Ham


Paling mengguris hati bila komen negatif oleh Koo Ham itu umpama sengaja menyimbah minyak pada api yang sedang menyala. Satu langkah songsang yang seperti sengaja mahu mengundang amarah khalayak ramai.

Kerosakan sudah berlaku dan ia tidak dapat diperbetulkan dengan hanya sekadar melalui permohonan maaf sahaja. Sesuatu perlu dilakukan supaya keceluparan dan keterlanjuran sedemikian tidak lagi berulang.

Sejak negara mengalami tsunami politik tahun 2008 yang menyaksikan DAP muncul sebagai pembangkang yang kuat, sudah acapkali sensitiviti umat Islam diuji manakala kesucian agama Islam sengaja diperlekehkan.

Koo Ham bukanlah orang pertama dari kalangan pemimpin DAP yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam. Sudah kerapkali DAP melahirkan pemimpin yang akal pendek dan sering bertindak sedemikian rupa.

Sebelum ini DAP pernah menjuarai isu kalimah Allah s.w.t yang mahu diguna pakai oleh pendakwah dan penganut Kristian. Beberapa ketika sebelumnya ayat-ayat suci Al-Quran dibaca sesuka hati oleh pemimpin politik bukan Islam untuk memenuhi selera politik DAP.

Lama sebelum itu ada kalangan pemimpin DAP mempertikaikan kewajaran meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan.

Malah kesucian Rumah Allah s.w.t seperti surau dan masjid juga pernah beberapa kali tercemar gara-gara dijadikan pentas politik oleh beberapa pemimpin DAP yang berlagak umpama tok imam dan ustaz bertauliah dengan menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat.

Semua kelakuan itu berlaku tidak sahaja menjadi saksi betapa rendahnya kefahaman dan sensitiviti para pemimpin DAP malah membuktikan betapa perlunya satu langkah tegas untuk membendungnya dari berlaku lagi di kemudian hari.

Justeru itu, langkah pengajaran berbentuk hukuman tertentu perlu diambil segera. Koo ham perlu melalui proses tersebut dan dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang.

Jika tidak, dikhuatiri selepas ini makin ramai penyokong dan pemimpin DAP yang berkongsi fahaman serupa seperti Koo Ham muncul dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang agama dan bangsa ini.- Beruang Biru

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog