pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, September 22, 2012

Panas !!! Ternyata Pakatan Haram Kedah Kini Berpecah Menanti Belah


Suasana politik Kedah kian tegang dengan masalah agihan kerusi bagi Pakatan Haram apabila PAS melalui Persuruhjaya PAS Kedah, Azizan Razak dengan tegasnya tidak akan mengorbankan kerusi yang di pertandingkan pada PRU12 lalu untuk penambahan kerusi bagi PKR dan DAP, namun ianya berbeza dengan pendirian Timbalan Persuruhjaya 1 PAS Kedah, Ir Phahrolrazi apabila mahu memberi laluan kepada DAP bertanding sekiranya mampu memberi kemenangan.


Ternyata perebutan kerusi antara parti di dalam Pakatan Haram Kedah tak dapat di selindungi tambahan Azizan Razak yang menguasai PAS Kedah tetap dengan pendirianya tidak mahu berganjak dari menguasai kerusi di Kedah sehingga membuatkan parti PKR dan DAP terpaksa bertelagah sehingga kini untuk berebut kerusi yang selebihnya.

Terbaru, dalam keadaan pertelagahan merebut kerusi di Kedah masih belum selesai. Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Konvesyen Tahunan DAP Kedah bertempat di Dewan Himpunan Cina Kedah bagaikan satu tamparan buat PKR Kedah apabila dia bersetuju dengan tindakan DAP Kedah meletakan calon di kawasan yang banyak di kuasai oleh PKR pada PRU 12 yang lalu.

Pada PRU13 DAP Kedah berhasrat untuk meletak calon di dua kerusi Parlimen, lima kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) yang sebelum ini di tandingi oleh calon PKR pada PRU12 dan mengekalkan satu kerusi DUN yang di menangi DAP iaitu DUN Kota Darulaman.

Antara Kerusi Parlimen yang bakal DAP betanding adalah Parlimen Alor Setar dan Padang Serai. 

Di Parlimen Alor Setar pada PRU 12 lalu , PKR telah kalah tipis di tangan calon BN manakala di Parlimen Padang Serai, PKR telah menang besar melalui Gobalakrishnan yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Manakala di kerusi DUN, DAP mempertahankan kerusi Kota Darulaman yang telah di menangi dan kerusi Derga yang membabitkan perlawanan tiga penjuru di antara BN, PKR dan DAP yang telah di menangi BN.

Tambahan empat kerusi baru yang mahu DAP bertanding pada PRU13 ini kesemuanya merupakan kerusi PKR sebelum ini. Antara empat kerusi DUN itu dua kerusi yang di menangi PKR iaitu DUN Bakar Arang dan DUN Lunas. Selebihnya dua kerusi merupakan kawasan yang PKR kalah kepada BN.

Apa yang dapat di lihat percaturan DAP Kedah sememangnya satu percaturan yang bakal membuat permasalahan buat PKR Kedah setelah melihat kerusi yang bakal di pertandingkan DAP merupakan kerusi yang PKR yakin boleh memenanginya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog