pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, September 10, 2012

Panas !!! Ustaz Nasharudin Mat Isa Kekal Dalam PAS Namun Bakal Di Benam Parasit PAS


Golongan parasit (Anwarinas) dalaman PAS tentu kecewa Setelah Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat semalam memutuskan Ustaz Nasharudin Mat Isa kekal di dalam PAS walau pun tindak tanduk Ustaz Nasha sejak akhir-akhir ini kurang menyenangkan segelintir kepimpinan PAS yang gilakan jawatan dari Anwar sekiranya dia menjadi Perdana Menteri Pakatan Haram.

Bagi segelintir kepimpinan PAS yang PRO kepada kerajaan perpaduan Islam yang di bawa Ustaz Nasha tentu menerima keputusan ini dengan gembira kerana masih ada peluang untuk mereka berjuang bersama Ustaz Nasha untuk memperbetulkan hala tuju parti PAS untuk memperjuangkan Islam dalam erti kata yang sebenar.

Kegagalan PAS memecat Ustaz Nasha tentu satu malapetaka buat DAP dan PKR yang benar-benar mengharap Ustaz Ustaz Nasha di pecat kerana mereka mengangap Ustaz Nasha satu penghalang yang akan bersuara sekiranya mereka memperkudakan PAS.

Yang pastinya selepas ini DAP dan PKR akan mengarahkan golongan Parasit PAS supaya membenam Ustaz Nasha dalam politik supaya tiada jalan untuk Ustaz Nasha yang PRO kepada kerajaan perpaduan menentang tindakan DAP dan PKR dalam PAS.

Apa yang kita dapat lihat ternyata keputusan yang di buat oleh Majlis Syura Ulama PAS dengan tidak mengugurkan Ustaz Nasha belum tentu selamat untuk menjaminkan Ustaz Nasha terus berada dalam PAS sekiranya golongan parasit dalam PAS masih mempunyai kekuatan untuk menjatuhkan politik Ustaz Nasha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog