pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Showing posts with label umno kedah. Show all posts
Showing posts with label umno kedah. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

PANAS!! LAGI PUSAT MAKSIAT DI TUBUHKAN DI KEDAH!!



UMNO Kedah mempersoalkan bagaimana semakin banyak pusat hiburan seperti bar, pusat karoke dapat beroperasi dengan mudah di negeri ini.

“Apakah keperluan Kedah yang mempunyai penduduk Islam yang begitu ramai mempunyai pusat hiburan yang banyak. Adakah kerajaan negeri menghalalkan semua itu demi potik mereka,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Thursday, November 24, 2011

EKSKLUSIF! 20 RIBU ORANG HADIRI JAMUAN RAKYAT 1 MALAYSIA DI SERDANG, BANDAR BAHARU, KEDAH!

Seperti yang dijanjikan Mc mengupload gambar-gambar sekita Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia. Mc pun tak sangka majlis ini akan mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat. Ingatkan kawasan Kelabu ni takdak orang nak mai sokong majlis kerajaan. Rupanya, penuh, nak berjalan pun susah.

Layan gambar-gambar dulu..

Puteri UMNO Menunggu ketibaan TPM

waktu ni tak berapa ramai, dalam 12,000 orang saja..

Masih menunggu..

Ketibaan TPM dan majlis menjamu selera dah bermula..

pada waktu ini hampir 20,000 orang.. sesak..


Tumpuan pada pentas.. amanat TPM

Kerusi penuh...

TPM sedang memberi amanat..

Pengerusi UMNO Kulim Bandar Baharu..

TPM mula berucap..

Turut bersama, Ahmad Bashah, Mukriz Mahathir, Mahadir Khalid dan beberapa pemimpin tertinggi BN Kedah

Sedang menghentam kerajaan negeri Pas Kedah

Ustat Azizan mana tau apa!! kata TPM

Peruntukkan untuk masjid besar baru RM5 juta..

Hospital Serdang dan juga jalan besar untuk memudahkan penduduk juga akan dipertimbangkan..

Kehadiran TPM menyemarakkan lagi semangat komponen BN bahagian Kulim Bandar Baru. Majlis ini mendapat sambutan hebat daripada penduduk setempat dan juga kawasan yang berhampiran. Gelombang perubahan sudah dapat dirasa dengan kehadiran yang sebegini ramai.

Sudah lama kawasan Serdang dipinggirkan dari kemajuan ekonomi. Hinggakan jalanrayanya juga berlubang-lubang. Segala Infrastruktur untuk kemudahan rakyat juga terpinggir. Rakyat di sini dahagakan kemajuan dan kemudahan.

Kehadiran TPM membawa durian runtuh apabila turut menambah perbelanjaan sekolah-sekolah disekitar Kulim Bandar Baru. Projek-projek mesra rakyat juga akan dipertimbangkan. Seperti Hospital Besar, Masjid besar baru, stadium kegunaan orang ramai dan juga kemudahan jalanraya untuk penduduk berulang alik ke bandar Kulim dan Pulau Pinang.

Masih ada projek-projek mega yang akan dibawa masuk untuk memudahkan rakyat. Nak mengharapkan kerajaan negeri? Mana pernah kerajaan negeri membuat projek mesra rakyat? Nak bina sebuah masjid pun Pas Kedah tak mampu.

Hanya satu kerajaan yang membela rakyat, dan satu cara untuk mengubah nasib rakyat Serdang, Kulim Bandar Baru, hatta rakyat Kedah.  Rujuk kepada gambar dibawah.



McTheory:
PRU ke 13 ni.. mai pakat-pakat kita kaleh..kerajaan Kedah..

Friday, October 28, 2011

Tudiaa Aihh!! Satu Kampung Masuk UMNO?



SUNGAI PETANI - “Hanya tinggal tiga rumah di Kampung Padang Limau Dalam yang masih menyokong Pas,” kata bekas Pengerusi Tetap Pas Cawangan Padang Limau Dalam, Mohd Khair Hassan, 48, selepas program Selamat Tinggal Pas yang diadakan di dewan kampung itu kelmarin.

Mohd Khair berkata, 20 ahli dan penyokong Pas di kampung itu mengambil keputusan untuk menyertai Umno setelah kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan di situ.

Menurutnya, mereka mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan Umno kerana tidak puas hati dengan kepimpinan Pas yang tidak menunaikan janji kepada rakyat.

“Kami kecewa dengan kepimpinan Pas yang hanya pandai menabur janji tanpa menunaikannya dan setiap masalah penduduk di sini yang diutarakan kepada pucuk pimpinan tidak pernah diendahkan.

“Alasan yang sering diberikan ialah tidak ada bajet dan peruntukan kerana mereka (Pas) baru menang pilihan raya,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan borang keahlian Umno dalam program Selamat Tinggal Pas yang diadakan di dewan Kampung Padang Limau Dalam, kelmarin.

Mohd Khair berkata, beliau menjadi penyokong Pas selama 10 tahun dan sepanjang tempoh itu tidak ada sedikit pun perubahan dilakukan oleh parti itu kepada rakyat di situ.

Malah, setiap janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya lalu langsung tidak ditunaikan.

“Apa yang membuatkan saya paling kecewa ialah apabila salah seorang pucuk pimpinan Pas mengatakan kepada saya bahawa jika mahu senang, lebih baik sertai Umno.

“Saya betul-betul kecewa dengan sikap yang ditunjukkan mereka dan mengambil keputusan untuk sertai Umno,” katanya.

Mohd Khair berkata, ahli dan penyokong Pas di kampung terbabit mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan Umno dan kini hanya tinggal tiga rumah sahaja yang masih enggan mengikuti jejak mereka.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Cawangan Kampung Padang Limau Dalam, Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata, penyertaannya dalam Umno adalah kerana kecewa dengan sistem pentadbiran dan pengurusan Pas yang tidak bersistematik dan gagal merealisasikan program berdasarkan kehendak golongan muda di kampung itu.

“Setiap program membabitkan golongan muda yang diusulkan kepada pucuk kepimpinan Pas di sini pasti berakhir dengan pelbagai kekangan dan masalah.

“Alasan yang selalu diberikan adalah dari segi bajet. Malah bukan itu sahaja tetapi dari segi pelaksanaan terhadap sesuatu perkara juga kurang memuaskan seperti menjaga kebajikan rakyat di sini,” katanya.

Selain 20 bekas ahli dan penyokong Pas yang menyertai Umno dalam program itu, seramai 26 pemuda Kampung Bukit Lalang turut menjadi ahli baru Umno manakala 24 penduduk yang masih belum menyertai mana-mana parti turut berbuat demikian menjadikan jumlahnya 70 orang.

Hadir sama Setiausaha Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Mohamad Firdaus Mohamad Zakaria.

Thursday, October 27, 2011

Mangsa Rumah Terbakar di Baling!!



BALING - Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila hampir keseluruhan rumah mereka rentung dalam kejadian kebakaran tengah hari kelmarin di Kampung Charok Sikin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada litar pintas kerana sebelum kebakaran, bunyi letupan kedengaran di bahagian meter rumah berkenaan.

Pemilik rumah, Mohd Asroh Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah jiran yang hanya beberapa meter dari rumahnya.

“Semasa saya berbual dengan rakan, saya terdengar bunyi letupan di bahagian bumbung rumah. Kemudian, api marak dengan pantas sehingga saya tak sempat selamatkan apa-apa.

“Saya hanya dapat berlari masuk ke ruang tamu untuk mendapatkan barangan berharga, namun gagal kerana bahang api terlalu panas selain risau bumbung rumah runtuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Asroh yang bekerja kampung berkata, dia turut berlari keluar meminta pertolongan jiran, namun, kebakaran tersebut terlalu cepat sehingga hampir memusnahkan keseluruhan rumahnya.

“Mujurlah semua keluarga saya termasuk isteri, Azlina Aziz, 37; dan anak Mohd Faiz Fahmi, 19; Mohd Nurul Nor Fahatun, 17; Mohd Faiz Farhan, 13; dan Ani Nur Fatihah, 11, berada di luar rumah ketika kejadian,” katanya.

Mohd Asroh berkata, anggaran kerugian RM80,000 melibatkan wang tunai dan perabot rumah.

“Segala dokumen penting tidak dapat diselamatkan. Semua buku rujukan anak saya yang bakal menduduki SPM tahun ini juga hangus,” katanya.

Sementara itu, Yayasan Pembangunan Rakyat Baling meluluskan peruntukan membina sebuah rumah ganti.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, RM33,000 diluluskan bagi membantu mereka. Hadir sama, Penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Pegawai Jasa Dun Bayu, Othman Md Noor.

Sunday, October 23, 2011

KANTOI HANTU UMNO DI LANGKAWI

                                                              Pengundi Hantu tampil

 Langkawi :  Seorang pengundi baru di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat Langkawi yang di tuduh sebagai pengundi hantu telah tampil membuktikan tuduhan yang di lakukan oleh geng PR kawasan tersebut ke atas dirinya..Pengundi baru tersebut yang bernama Yusri Che Zainol (34 tahun ) melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila ada pihak tertentu dalam PR cuba mempertikai hak beliau sebagai pemilih. sedangkan setiap rakyat di negara ini berhak memilih siapa pemimpin mereka..
 
Saudara Yusri telah menetap di kawasan itu (Taman Nilam Langkawi) sejak 3 tahun lalu...dan terkejut apabila kira-kira seminggu lepas dia mendapat notis serahan tangan meminta beliau menghadiri perbicaraan  awam yang di kendalikan SPR Kedah di pejabat Daerah Langkawi pada 21/10/2011.oleh kerana perbicaraan itu,beliau terpaksa meminta cuti  untuk menghadiri perbicaraan yang mempertikai status sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat.

Turut menemani Saudara Yusri pada perbicaraan itu adalah Adun Ayer Hangat Yb Mohd Rawi Abdul Hamid dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Langkawi,,saudara Mansor Bahari...Pada masa yang sama Yb Mohd Rawi Abdul Hamid meminta SPR menyemak semula prosedur bantahan yang di dakwa beliau longgar dan membuka ruang-ruang kepada individu yang tidak bertanggung jawap (PR la tu,,) mengatur strategi menggugurkan nama pengundi daripada daftar pemilih


PSST...
   Kan dah terkantoi PR di Langkawi..individu yg di dakwa mereka sebagia pengundi hantu tampil di dalam perbicaraan awam yang di kendalikan SPR Kedah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog