pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 12, 2012

Eksklusif !!! Rakaman Audio Khutbah Jumaat Yang Mnyatakan Rasulullah S.A.W Menyokong Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Malaysia..

Seperti yang Pisau Kedah janjikan sebelum ini akan siarkan rakaman audio Khutbah Jumaat yang di baca oleh seorang Khatib jemputan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kulim pada 07 hb yang lalu. ( Khatib Hafizul )

Ternyata khutbah tersebut cukup mengelirukan dengan mengatakan Rasulullah S.A.W telah memberitahu Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan Tok Guru - Tok Guru dari Ulama Ikhwanul Muslimin bahawa Anwar Ibrahim merupakan orang yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Yang cukup mengelirukan lagi, apabila khatib tersebut memberi tahu bahawa zaman kegemilangan Islam di Asean adalah di zaman Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.


Dari maklumat yang di perolehi dari penduduk kawasan Padang Serai, Masjid tersebut sememangnya di jadikan medan untuk berpolitik pihak jawatankuasa Masjid yang PRO kepada parti PAS.

Setiap minggu, Jawatankuasa Masjid akan memanggil khatib dari luar untuk membaca khutbah Jumaat yang penuh dengan pengisian politik tanpa mengunakan teks khutbah yang di sediakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)..

Pelbagai aduan telah di lakukan penduduk setempat untuk memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Kedah namun tidak satu pun tindakan yang di ambil untuk mengatasi permasalahan Masjid tersebut di jadikan medan politik PAS.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog