pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 19, 2012

Memang Lawak !!! PAS Nak Jaga Bangsa Melayu Kalau UMNO Kalah Di PRU13


Hairan bin ajaib bila AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata PAS akan jaga Melayu sekiranya UMNO kalah di PRU 13 sedangkan hakikatnya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sendiri pernah merasa malu bila nak mengaku dirinya berbangsa Melayu.

Bagi Nik Aziz, bangsa Melayu itu tidak penting, yang pentingnya adalah Islam sahaja. Sebab itu PAS sendiri bersetongkol dengan PKR dan DAP di dalam mempertikaikan hak keistimewaan Melayu dan mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu yang terkandung dalam PERKARA 153 Hak Keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu kita jangan lupa syarat yang pernah di buat Nik Aziz ketika UMNO mengajak PAS untuk bermuzakarah demi perpaduan Umat Islam Malaysia. Ketika itu Nik Aziz memberi syarat supaya UMNO menggugurkan dasar parti UMNO memperjuangkan Melayu sekiranya mahu bermuzakarah dengan PAS.

PAS terlupa bahawa di Malaysia sekiranya di sebut tentang Bangsa Melayu ianya berkait rapat dengan Islam. Jika di sebut Islam di Malaysia ianya berkait rapat dengan Bangsa Melayu itu sendiri. Untuk menjatuhkan Bangsa Melayu di Malaysia ianya boleh di ibarat hendak menjatuhkan Islam juga di Malaysia.

Sekiranya PAS benar-benar jujur nak menjaga Melayu, PAS perlu jujur menyatakan pendirian parti PAS dengan PERKARA 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang sering di pertikai DAP dan PKR sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Satu yang melucukan apabila Idris Ahmad mengatakan UMNO gagal menjaga Melayu.

Sebenarnya PAS yang banyak membunuh ekonomi orang Melayu. Salah satu bukti yang kukuh yang menunjukan PAS yang banyak menyusahkan orang Melayu adalah di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya pada bulan JUN lalu di Pulau Pinang apabila Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw dengan rasistnya di pentas politik PAS mempertikai keputusan Kerajaan Malaysia memberi Hak mengendalian Pelabuhan Pulau Pinang kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang yang berbangsa Melayu.



Setelah Hu Pang Chaw mengkritik tindakan Kerajaan Malaysia memberi hak mengendalikan Pelabuhan Pulau Pinang kepada Jutawan Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari ribuan penyokong PAS yang berbangsa Melayu dan beragama Islam menyahut kritikan itu dengan laungan Takbir kerana bagi PAS, Tan Sri Syed Mokhtar merupakan Melayu pro UMNO.

Di mana suara PAS ketika Tony Pua yang membawa isu hak pengendali Pelabuhan Pulau Pinang ke Parlimen dan mengfitnah Tan Sri Syed Mokhtar dengan menuduh Kumpulan Syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari berhutang sebanyak RM 34.3 Billion sedangkan tiada bukti langsung sehingga kini.

Apakah ini menunjukan PAS telus untuk membela bangsa Melayu ?

Di Sebalik PAS berbangga mengfitnah UMNO menghilangkan Tanah Rezab Melayu sebanyak 1.3 juta hektar, PAS terlupa akan kisah Tanah Rezab Melayu yang telah di gadaikan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS demi untuk memberi laluan pembinaan Memorial PARK Sungai Kob kepada satu syarikat.





Dalam hasil pencarian di Pejabat Tanah yang di lakukan penduduk kampung Sungai Kob yang membantah pembinaan Memorial Park di atas Tanah Rezab Melayu terbukti tercatit dalam geran bahawa tanah yang di bangunkan Memorial Park adalah Tanah Rezab Melayu dan berstatus pertanian.

Sehingga kini penduduk Kampung Sungai Kob terpaksa turun naik mahkamah untuk berjuang mempertahankan Tanah Rezab Melayu untuk di komersial sebagai perkuburan di mana ianya menjadi satu perniagaan yang lumayan.

PAS perlu sedar diri apabila bersuara untuk menjaga bangsa Melayu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog