pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, February 23, 2013

BloggerUMNO

asalam...blog ini aslnya owner kepunyaan Cybertroopers UMNO under Media UMNO.. xperlu di tnya mcm mna blog nie telah beralih tuan.. tpi saya nk tnjukn pada anda mcm mne mereka ini berkerja...
tidak susah kerja mereka... hanya tunggu emil dari org atas .. email itu akn datang cukup dgn gmbar jln cerita yg kesahihan nya blm pasti lgi..diorng hanya perlu copy kesemua email yg masuk dan publish ke blog masing2 .. dan apa yg sapa dapati majority sumber yg diterima dari tuan yg sama...

folder penting di kiri itu terdapat lbh kurang 1000 lebih email

bwh ini menunjukan salah satu cth attachment file jln yg dihantar






















Friday, February 15, 2013

Tu Dia !!! Antara Pakatan Haram Dan Majlis Ulama, Yang Mana Satu Pilihan PAS ??




Beria-ia benar PAS melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranyaa PR menang PRU 13.

Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak campur tangan hal ehwal dalaman PAS khususnya membabitkan Majlis Syura termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan PAS berada dalam gabungan rapuh, PR.

Itu respons rasmi PAS terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bangkit menegaskan bahawa bakal PM dari PR tetap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis Syura PAS hanyalah spekulasi murahan sahaja.

Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. PAS sebenarnya sedang tersepit di antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama PAS, mana satu yang wajib menjadi keutamaan.

Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk diputuskan sekiranya PAS memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar perjuangannya yang asal.

Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan BN. Dan patutnya tiada sebab untuk PAS membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama PAS juga tidak layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.

Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis Syura Ulama PAS malah sesetengah pemimpin PAS yang lain juga kurang bersetuju dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk melihat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai PM.

Namun demikian, pada siapa PAS mahu menipu, walhal umum mengetahui status PAS dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.

PAS berlakon sehebat mana pun, hakikatnya PAS adalah sebahagian dari PR. Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada PAS. Ke kanan PR mengiring, ke kananlah PAS turut sama di badai ombak. Lainlah jika PAS yang mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini amat-amat mustahil berlaku.

Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka wajiblah PAS patuh dan wala' pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau tidak, PAS perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR.

Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan PAS sekalipun selepas itu PAS kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible.

Itu sudah lebih dari cukup membuktikan PAS kekal sebagai balaci dan Majlis Syura Ulama PAS pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong PAS dari menyedari hakikat kedudukan sebenar PAS dalam PR.

Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan pemimpin utama PR, pusing kot mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak.

Baik Harun mahupun PAS sendiri buat apa nak peningkan kepala marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik PAS selagi mana PAS kekal dalam PR.

Sekiranya PAS benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah lama PAS keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura Ulamanya.

Tahniah, JAKIM bakal Dinaiktaraf Kepada Kementerian! Siapa Menteri Pertama Kementerian ini?



1. Di dalam satu mesyuarat tertutup kabinet, telah dipersetujui bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bakal dinaiktarafkan kepada satu kementerian.

2. Usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun untuk mendapat sebulat suara untuk menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.

3. Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara.

4. Tahniah diucapkan kepada warga JAKIM dan DS Najib Tun Razak kerana berjaya merealisasikan usaha yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi.

5. Komplikasi yang menyukarkan usaha ini adalah kerana untuk mendapat persetujuan kabinet dan juga mengatur serta menyelaraskan Hal Ehwal Agama Islam yang selama ini di bawah kuasa Sultan negeri masing-masing dan juga Yang Dipertuan Agong.

6.Undang-undang setiap negeri berhubung dengan munakahat dan juga muamalat adalah berbeza bagi setiap daerah dan kawasan.

7. Maka penyelarasan dan pentadbiran untuk setiap negeri ini memakan masa yang lama. Disamping untuk mendapatkan persetujuan kabinet yang bukanlah semuanya beragama Islam.

7a. Maka dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal. Isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan. Isu seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

8. Maka persoalan pertama yang akan timbul adalah siapakah bakal menjadi Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam ini?

9. Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43:


Perkara 43. Jemaah Menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
(3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
(6) Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
(7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.
(8) (Dimansuhkan).
(9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota Jemaah Menteri.

10. Tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

11. DS Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun.


12. Terdapat khabar angin bahawa DS Najib bakal menasihatkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Ustad Nasharuddin Mat Isa sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam.

12a. Tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.- Baca selanjutnya

Tu Dia !!! Khalid Ibrahim Sudah Berlidah Bewak Untuk Bubar DUN Selangor




Oii !!! Khalid Ibrahim. Hang cuba tunjuk lidah hang sat. Pisau Kedah nak tengok jenis lidah bercabang atau pun tidak.

Sebelum ni beria-ia sangat nak bubar DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Kononnya nak tunjuk berani la kata Pakatan Haram boleh pertahankan Selangor. Tapi apabila di desak, tau pulak takut dengan memberi alasan yang berputar belit.

UMNO/BN tak hairan la kalau nak bubar awal pun DUN Selangor. Pisau Kedah yakin rakyat Selangor sudah boleh menilai parti mana yang mahu mereka pilih kali ini. 

SEPANG: Menteri Besar Selangor hari ini mengubah pendirian terhadap hasratnya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih awal daripada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bercakap kepada pemberita sebentar tadi, Khalid sebaliknya berkata, perlu ada keselarasan dalam menentukan keputusan sama ada mahu membubarkan DUN atau tidak.
Beliau dalam kenyataannya bulan lalu menyatakan hasrat untuk membubarkan DUN Selangor pada akhir Februari ini, pengumuman itu dibuat pihaknya bagi mendesak perdana menteri agar segera mengumumkan tarikh PRU13.

“Ada baiknya kita adakan PRU bersama. Ini bukan PRU parlimen, tapi PRU Selangor,” katanya dalam sidang media Majlis Pelancaran Wifi Selangorku di Sepang pagi tadi.

Khalid kemudian menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membuat pembubaran selepas sambutan Chap Goh Mei seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sebaliknya hanya pengumuman rasmi mengenai keputusan pembubaran DUN.

Pengumuman tersebut akan dibuat oleh Khalid selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.

“Saya cakap, selepas sambutan Chap Goh Mei, kita akan buat pengumuman, bukan ‘dissolution’ (pembubaran).

“Kalau kerajaan persekutuan tidak buat pengumuman, kita akan buat pengumuman,” tambah beliau lagi.Baca Selanjutnya

Video Yang Patut Umat Islam Yang Menyokong Pakatan Haram Fahami Sebelum Mengundi Di PRU 13 Ini








Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

"Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya. - Utusan Malaysia

Gempar !!! Gambar Penganas Sudah Berkubu Di Kelantan



Sekali tengok macam betul-betul dah nak berperang la pulak puak-puak otak hijau ni. Entah la dah jadi semakin karut pulak puak PAS Kelantan sekarang ni untuk menghadapi PRU 13. 

Mungkin bagi puak PAS di markas PAS Bunut Payong, Kelantan merasakan dengan menghias begini rupa, mereka mampu menarik perhatian orang di kawasan tersebut memberi sokongan pada mereka pada PRU 13 ini.

Kalau Pisau Kedah, tobat Pisau Kedah tak berani sokong. Dah nampak macam penganas la pulak yang cuba membuat kekacauan di Kelantan.

Harap-harap penduduk di situ jangan la sokong puak penganas ini. Sayangi la keamanan yang telah kita kecapi selama ini.


Sumber Gambar :- Rizqin

Peh !!! Gambar Bukti Anwar Dah Nyanyuk; Berselipar Sebelah Berkasut Sebelah




DAP kata ONG pakai sebelah kasut sebelah selipar


Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina 2013


Bertempat di perkarangan tapak letak kenderaan Pasar Awam Balik Pulau, Pulau Pinang telah diadakan satu majlis makan malam pada 12 Feb 2013 semalam. Majlis ini dipengerusikan oleh Lim Boon Tong, Pengerusi JKKKN Titi Serong dan Yusry bin Yaakob, Pembantu Khas Speaker Dun Pulau Pinang. Kehadiran pada malam tersebut hanyalah seramai 1300 orang yang terdiri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat, Ahli serta penyokong PR serta penduduk setempat. Antara yang dikenali hadir adalah :

a) Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR Pusat

b) Dato Mansor Othman - Tmbalan Ketua Menteri

c) Dato Abdul Halim Hussain - Speaker DUN Pulau Pinang

d) Mohf Yusmadi Yussuf - MP Balik Pulau

e) Prof Dr Aziz Bari

f) Chaw Koon Yeow - Pengerusi DAP Pulau Pinang

g) Law Choo Kiang - Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

h) Dato Mustapa bin Kamal - Pengarah Pilihanraya PR Pulau Pinang

i) Mohd Fauzi bin Yusof - YDP Pas Balik Pulau

Pada Majlis makan malam ini barisan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk menabur 'MANIFESTO BUKAN JANJI' mereka kepada rakyat Balik Pulau. Rata- rata apa yang disampaikan adalah auta semata- mata berikutan pimpinan Pakatan Rakyat ini menganggap rakyat Balik Pulau hanyalah orang - orang kampung yang tidak mempunyai pelajaran tinggi. Walau bagaimanapun mereka adalah bijak dan ini boleh dilihat daripada jumlah tetamu yang hadir, untuk majlis peringkat negeri sebegini, kalau hanya dihadiri oleh 1300 orang, ia adalah jumlah yang terlalu sedikit.

Antara 'MANIFESTO BUKAN JANJI' serta 'DAKYAH HASUTAN' yang ditabur dan dihambur adalah:

- Menyatakan selepas PRU 2008 PR telah memerintah 4 buah negeri dan jelas terbukti mendapat pencapaian terbaik menurut juruaudit negara. Penyataan ini sebenarnya tidak penuh, ia sepatutnya diberitahu tanpa  bantuan terus menerus daripada kerajaan Pusat iaitu Barisan Nasional, pencapaian tersebut tidak dapat dikecapi tetapi disebabkan audience mereka adalah orang kampung, pimpinan PR terus menerus menipu.

- menyatakan isu kemiskinan harus ditangani manakala isu perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM1,900,000 bagi membina rumah kos rendah di negeri Pulau Pinang. Penyataan ini adalah tidak benar sama sekali, kita boleh tanya rakyat Balik Pulau sama ada projek perumahan yang baru di sana projek perumahan kos rendah atau sebaliknya? Masakan di Balik Pulau (kawasan luar bandar) makin bercambah projek perumahan elit, pimpinan PR terus masih lagi berani menipu rakyat Balik Pulau.

- menyatakan isu kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang adalah disebabkan ramai pelancong tertarik untuk melancong ke Pulau Pinang yang cantik dan bersih. Penyataan ini merupakan satu penyataan yang bodoh dan satu alasan untuk lepas tangan. Lagi sekali rakyat Balik Pulau diperbodohkan.

- menyatakan kini rakyat malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak mula bersama PR ingin melakukan perubahan

- menyatakan perhimpunan akan bertukar menjadi kecoh sekiranya pihak polis masuk campur dan menyifatkan ini atas arahan pihak umno/bn. Penyataan ini adalah bodoh. Perhimpunan menjadi kecoh bila para demonstran tak patuh pada peraturan yang telah disediakan.

- menyatakan hanya Parti PR sahaja menjamin masa depan rakyat.

- Menyatakan rakyat mula bangkit setelah Anuwar Ibrahim dipecat dan disepak terajang pada tahun 1998 lalu. Penyataan ni penyataan mengampu Anuwar, bertambah pulak lagi seorang mat jambu yang teringin nak jadi blue eyed boy Anuwar. Sekarang Azmin, esok lusa mungkin Si Yusmadi pulak.

- menyeru hadirin bersatu bersama PR bagi menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO/BN. Sekali lagi penyataan yang tak berasas.

Pada masa yang sama, selain Majlis Makan Malam, Tazkirah ringkas oleh Anuwar Ibrahim yang diadakan semalam pada pukul 7.50 malam, di Musolla taman Sri Nibong.

Kehadiran di Tazkirah tersebut adalah seramai 90 orang dan 8 orang wanita penduduk setempat dan antara bait-bait tazkirah yang disampaikan adalah:

- menyatakan akidah kita kena kuat sebab pejuang Islam boleh berperang dengan beribu musuh tapi kalah dengan wang. ( sepatutnya penyataan ni dia bagi example diri sendiri, kehkeh)

- menyatakan rasuah berlaku akibat salah guna kuasa bagi mendapat habuan dan kepentingan diri ( Anuwar juga patut terangkan kenapa perjuangan PKR sudah berubah dari memperjuangkan keadilan kepada membela diri nya sendiri. Rata rata yang keluar PKR adalah sebab di atas. Anuwar juga patut terangkan apa yang dia dah buat semasa di dalam UMNO semata mata nak jadi PM cepat)

- menyatakan pembelian subang yang tidak bermaksud cincin adalah satu pembaziran. (penyataan berkias tapi sebenarnya nak highlight isu cincin, beribu kali bagitahu itu bukan cincin rosmah tetapi tetap nak fitnah individu lain)

-menyatakan kerajaan menubuhkan SPRM untuk cegah rasuah tetapi rasuah masih berleluasa.

-menyatakan sehingga kini tidak dapat dibuktikan pembunuh altantuya.

Majlis tazkirah ringkas yang diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan isu isu semasa disamping ianya juga untuk mendapatkan sokongan pengundi. Tazkirah ini juga dibuat bagi memenuhi masa ekoran Anuwar akan hadir memberi ceramah di Padang Awam bersebelahan Lebuh Nipah 3, Sungai Dua. Dilihat isu yang diketengahkan hanya sepintas lalu tanpa memberi penekanan terhadap isu isu sensasi . Sambutan dilihat tidak menggalakan di mana pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 300 orang tetapi hanya 90 orang yang hadir.- Baca Selanjutnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog