pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, September 18, 2012

Panas !!! "Kemelut PAS Kedah" Ahli PAS Biasa Dan Media Di Tipu .




Saya sangat bersetuju dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah I, Phahrolrazi Zawawi, mengenai kenyataannya kepada media baru-baru ini bahawa dia tidak pernah berkata bahawa Menteri Besar Kedah, Azizan Razak perlu melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan.

Memang benar penafian yang dibuat oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah itu memandangkan dia dilaporkan tidak pernah berkata demikian kepada media sebelum ini.

Namun apa yang saya pasti, maklumat dalaman PAS Kedah memberitahu bahawa Phahrolrazi pernah menyatakan bahawa Azizan perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah memandangkan “boss”nya itu sangat sayangkan UMNO berbanding penyokong PAS sendiri.

Menurut sumber, kenyataan tersebut juga tidak dibuat di depan media dan ia telah diungkapkan di hadapan enam orang individu yang terpaksa dirahsiakan identiti mereka sahaja.

Sumber menjelaskan bahawa ketika meluahkan pandangannya itu, Phahrolrazi dikatakan sudah tidak tahan lagi dengan polisi Azizan Razak yang dilihat begitu menyebelahi para penyokong UMNO sehingga tiada sebarang dasar kerajaan sebelum ini yang ditukar kepada dasar PAS.

Malah Phahrolrazi dikatakan “naik angin” apabila ramai puak-puak PAS datang kepadanya mengadu tidak diberikan projek kerajaan negeri sedangkan kroni-kroni Menteri Besar Kedah itu dilaporkan banyak menerima “durian runtuh” melalui Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI).

Awalnya, para pengusaha tadika PASTI memberontak terhadap MB Kedah itu apabila janjinya untuk menaik taraf dan mengurniakan kontrak membaik pulih tadika anjuran PAS itu tidak dilaksanakan.

Sebaliknya, Azizan dikatakan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar kepada banyak sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di sekitar Kedah, serta tidak mempedulikan nasib tadika-tadika PASTI tersebut.
Phahrolrazi kemudian dikatakan begitu marah dengan tindakan Azizan Razak yang menafikan kuasa yang ada padanya sebagai Exco Kerja Raya apabila MB Kedah itu campur tangan dalam pengurniaan kontrak selenggara jalanraya yang menerima peruntukan ratusan juta ringgit dari Kerajaan Pusat.

Padahal, Phahrolrazi juga khabarnya mahukan projek tersebut bagi mengisi dana peribadinya untuk meluaskan pengaruh menjelang PRU ke-13 nanti selain bakal digunakan untuk perancangan menguasai politik PAS Kedah pada penggal akan datang.

Ketika itu, Phahrolrazi mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap Azizan secara terbuka dan kemuncak pertamanya hadir apabila MB Kedah itu dikejarkan ke IJN bagi mendapat rawatan jantungnya di ibunegara.

Khabarnya ketika itu PAS Kedah dalam diam telah mengadakan pertemuan tidak rasmi secara diam-diam untuk memilih utusan ke Kuala Lumpur bagi bertemu dengan kepimpinan PAS Pusat untuk melucutkan jawatan Azizan atas sebab-sebab kesihatan.

Alasan “masalah kesihatan” itu sebenarnya hanyalah “wayang” untuk mengabui mata kepimpinan PAS Pusat sedangkan para pemimpin PAS Kedah dikatakan sudah sekian lama menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Azizan Razak.

Biarpun kemudiaannya PAS Pusat menghantar PEMANDU ke Kedah untuk menyelesaikan kemelut dalaman PAS Kedah itu, sehingga kini ia masih belum dapat diselesaikan, malah ia semakin membarah mengusutkan keadaan.

Kemunculan “warlord-warlord baru” di dalam PAS Kedah seperti Dr. Ismail Salleh, Nasir Zakaria dan Nasir Mustapha, serta “warlord-warlord lama” seperti Mahfuz Omar dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang cuba “kacau daun”, lebih mengeruhkan keadaan.

Mereka-mereka inilah yang digelar Azizan sebagai “golongan Wahabi” yang dikatakan cuba menggulingkan kepimpinannya, manakala “golongan Syiah” yang dipimpin oleh “ayatollah” Mat Sabu turut mengancam kedudukan MB Kedah itu.

Hakikatnya, perkara ini sudah tentu tidak akan sekali-kali diakui oleh PAS Kedah memandangkan mereka tidak mahu PEMANDU dari PAS Pusat dapat menghidu gerakan mereka itu selain enggan mendedahkan pergeseran dalaman yang sedang berlaku.

Namun mampukah mereka menutup mulut para penyokong PAS di seluruh Kedah yang kini semakin keliru, bosan dan tidak berpuas hati dengan “peperangan” pemimpin mereka sesama sendiri sedangkan PRU ke-13 sudah semakin hampir.

Mampukah PAS Kedah mempertahankan kuasa mereka di negeri Kedah? Sama-samalah kita nantikan episod “wayang kulit” mereka yang seterusnya…- MyKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog