pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, September 29, 2012

Tu Dia !!! Anwar Kantoi Lagi Apabila Hartawan Sarawak Menafi Telah Membiayai Jet Peribadi Anwar


Terbaru kenyataan dari hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduhnya merupakan individu yang bertanggungjawap sponser Jet Peribadi kepada Anwar telah membuat  PKR semakin bingung untuk berhadapan dengan isu Jet Peribadi yang di gunakan Anwar semasa membuat penerbangan ke Sabah baru-baru ini.

Sehingga ke hari ini PKR masih belum lagi dapat memberi penjelasan yang sebenar akan isu Jet peribadai yang di gunakan Anwar

Malahan isu ini telah membuat PKR berbalah sesama sendiri apabila baru-baru ini , Tian Chua telah di beri amaran oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana 




Hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan beliau adalah individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya. 
"Saya tiada kaitan politik dengan Anwar walaupun beliau masih kawan saya."Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga kawan saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Akhbar semalam melaporkan spekulasi mengaitkan Chee Hua dengan urusan penyewaan jet eksekutif itu selama dua hari dengan nilai RM96,000 sewaktu Anwar berkunjung ke Sabah pertengahan bulan lalu. 
Laporan itu turut memuatkan kenyataan seorang anak Chee Hua iaitu Larry Sng Wei Shien yang menjelaskan beliau tidak berhak bercakap bagi pihak bapanya.
Namun, Wei Shien yang merupakan Presiden SWP menjelaskan, setahu beliau, bapanya yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau itu tidak terlibat. 
Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak. 
Lelaki itu kini dikatakan menghilangkan diri apabila isu berkenaan diperkatakanmedia selain belum melunaskan bayaran sewa jet itu.- Utusan 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog