pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, September 23, 2012

Tu Dia !!! PAS Akui Tidak Mempunyai Calon Yang Berkualiti


POKOK SENA - Kemungkinan Pas Kedah bakal mengetengahkan calon import pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masih menjadi teka teki, ekoran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta media menunggu pengumuman rasmi senarai calon Pas, yang akan diumumkan sejurus tarikh pilihan raya ditetapkan. 
“Calon import atau tempatan, tunggu sahaja nama calon itu diumumkan kelak,” katanya, pada sidang media, selepas majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), semalam. 
Menurutnya, Pas Pusat menyerahkan kepada budi bicara Pas negeri untuk menapis senarai calon layak bertanding, dan selepas mendapat persetujuan pusat, negeri akan menilai semula calon berkenaan sebelum memuktamadkan keputusan. 
“Sebelum ini Pas Kedah sudah hantar beberapa nama untuk satu-satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Majlis Syura sudah luluskan. Ada tiga empat nama bagi setiap Dun, selepas kita setuju, kita serah semula kepada negeri untuk pertimbang siapa paling layak,” katanya. 
Abdul Hadi berkata, senarai akhir menjelang PRU13 kelak akan diputuskan atas pertimbangan Pas negeri. 
“Kita serah pada budi bicara Pas Kedah, mereka hantar ke pusat dan pusat buat pertimbangan. Seterusnya senarai itu kembali ke negeri dan terserah pada kebijaksanaan negeri masing-masing,” katanya. 
Sebelum ini, Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Pas Kedah tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon import pada PRU13 sekiranya calon sedia ada tidak berkualiti dan mendapat persetujuan pusat. 
Bagaimanapun, keutamaan tetap diberikan kepada calon tempatan, memandangkan parti itu mempunyai ramai calon berpotensi - SH


Pisau Kedah :-

Yang pastinya PAS Kedah tidak mempunyai calon yang berkualiti sehingga terpaksa di import calon dari luar. 

2 comments:

Anonymous said...

Tak payah nak bawa calon import mai kat Kedah ni banyak anak2 Kedah yang berkelayakan kalu macam Mat Sabu tu tak payah bukan pilihan yang bijak kelulusan tak semacam mana baik sikit dari Mahfuss aja

Unknown said...

dengar kata matsabu p parlimen pendang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog