pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Showing posts with label kedah darulaman. Show all posts
Showing posts with label kedah darulaman. Show all posts

Friday, November 25, 2011

PANAS!! PEREMPUAN MATI DI BUNUH!!

Bukan gambar sebenar..


ALOR SETAR: Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Jaya, Jalan Langgar di sini malam Rabu.

Mayat Heng Song Moi, 59, ditemui oleh anak lelakinya dengan terdapat beberapa kesan tikaman di lehernya.

"Kita masih mencari seorang lelaki Myanmar yang bekerja sebagai pembantu mangsa di sebuah gerai mee di Jalan Putra bagi membantu siasatan," kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan.

Beliau berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.45 malam.

Hasil bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah mendapati mangsa mati disebabkan dari luka tikaman kepada lehernya, kata Adzaman. - BERNAMA

Monday, October 31, 2011

PANAS!! Rakyat Kedah Mengamuk di Padang Terap!!





Kisah dan gambar ni di ambil dari satu blog baru Info 4 The Truth

Perhimpunan aman NGO GAGAH (Gabungan Generasi Hilang Tanah) di hadapan kilang Gula Padang Terap (GPT) bagi menuntut janji-janji Kerajaan Negeri PAS Kedah yang berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka. Semasa kempen PRU-12 dahulu, PAS Padang Terap dan YB Nasir Zakaria telah berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika PAS menjadi Kerajaan Negeri.

Walaupun masalah tanah penduduk Padang Sanai sebenarnya sudah lama sejak zaman Barisan Nasional memerintah lagi selepas Kerajaan Negeri mewujudkan ladang tebu yang antara tujuannya adalah utk mengekang ancaman Komunis dahulu. 

KASI PANAS!! Azraai Khor Jurulatih Mangsa Politik Pas Kedah!!

baju yang sama, lambang berbeza!!

Bangga melihat bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah yang berjaya membawa Kedah mengungguli Piala Malaysia selama dua tahun, kini berjaya menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Negeri Sembilan. Azraai membuktikan bahawa dia diantara jurulatih yang terbaik di Malaysia.

Azraai menjadi jurulatih Negeri Sembilan ketika pasukan Negeri terumbang ambing dan tidak stabil. Hinggalah beliau memulakan langkah satu persatu untuk memantapkan langkah pasukan Negeri hingga berjaya masuk ke pertandingan Piala Malaysia.

Apa yang penting bagi beliau berbekalkan kepercayaan dan sokongan dari pengurusan PBNS, Azraai mengorak langkah memilih pemain dan berjaya memantapkan pasukan Negeri mengikut acuan dan latihan yang beliau mahukan. Itu yang diperlukan oleh seorang jurulatih hebat seperti beliau.

Kenapa beliau mengundurkan diri dari pasukan Kedah?

Saturday, October 29, 2011

Jalan Langgar Di Landa Ribut!!



LANGGAR - “Saya memang panik ketika itu, tambahan pula terpaksa berdepan dengan kesukaran sewaktu menyelamatkan anak dan isteri apabila pintu hadapan tidak boleh dibuka kerana dihalang oleh kayu di luar rumah,” luah Shahabudin Jaafar, 41, mangsa kejadian ribut yang melanda Batu Tiga, Jalan Langgar kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang ini, sebanyak 10 rumah dan dua kedai termasuk kedai menjual kereta terpakai rosak teruk akibat dilanda ribut.

Shahabudin berkata, kejadian pertama kali berlaku di kawasan rumahnya yang terletak di Lorong Peladang itu menyebabkan dia berasa panik dan hanya memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan nyawa isteri, Siti Aishah Abdullah, 40, dan anaknya, Hurul Ain, 4.

Menurutnya, sewaktu menyedari kejadian itu berlaku, dia segera melaungkan takbir beberapa kali sebelum menyelamatkan Hurul Ain yang ketika itu sedang menonton televisyen.

“Saya segera membawa mereka keluar ikut pintu belakang dan bersyukur kerana sempat menyelamatkan mereka,” katanya.

Shahabudin berkata, dia masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung akibat daripada kejadian ribut yang berlaku.

Bagi pemilik kedai kereta terpakai, Yusniza Ahmad, 38, berkata, sewaktu kejadian ribut berlaku, dia berada di rumahnya yang terletak di Jalan Gangsa kerana kedainya tidak beroperasi sempena perayaan Deepavali.

Katanya, kedainya itu telah beroperasi sejak dua tahun namun ini merupakan kejadian pertama yang berlaku.

“Saya mengetahui kejadian ini setelah dihubungi pemilik kedai perabot yang terletak bersebelahan kedai saya kira-kira jam 4 petang.

“Sebanyak tujuh kereta yang dipamerkan di kedai saya rosak, ada di antara kereta yang remuk namun saya belum pasti berapa jumlah kerugian kesemuanya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Shukri Ibrahim, 51, berkata, angin kuat seolah-olah puting beliung itu mengejutkannya sewaktu dia sedang berada di luar kawasan rumah.

Menurutnya, kejadian yang berlaku begitu pantas menyebabkan bumbung rumah di kawasan itu diterbangkan angin ribut.

“Saya dan anak sempat menyelamatkan diri dengan segera keluar rumah namun saya bersyukur tiada kecederaan teruk berlaku hanya kecederaan ringan sahaja,” katanya.

Kes Curi Kereta di Alor Setar!!



ALOR SETAR - Kegiatan mencuri kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima sebagai sasaran ditumpaskan dengan tertangkapnya tiga suspek di dua lokasi berlainan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan berkata, seorang suspek ditahan ketika sedang memandu kenderaan berkenaan di Kilometer 8.7 Lebuhraya Utara Selatan, Changlun, Kubang Pasu sekitar jam 4.30 pagi pada 14 Oktober lalu.

Menurutnya, penangkapan suspek itu turut mempunyai kaitan dengan kehilangan 11 Estima yang dilaporkan hilang di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta dipercayai sudah dibawa masuk ke Thailand.

“Hasil soal siasat, kita berjaya menemui satu lagi Estima diletakkan di kawasan tempat letak kereta pasar raya Aneka Gurun dan kedua-duanya dilaporkan hilang di Damansara dan Wangsa Maju.

“Polis masih memburu seorang lagi suspek yang terlibat dengan kegiatan ini,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Menurutnya, dua lelaki lain ditahan sekitar jam 1.35 pagi pada 24 Oktober lalu di rumah dan polis merampas dua Estima iaitu di bengkel dan rumah berkenaan yang dilaporkan hilang di Klang, Selangor.

“Kedua-dua suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau serta terlibat dengan kes Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Suspek turut dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengabui mata penguat kuasa,” kata Mohd Adzaman.

Beliau berkata, kes berkenaan diserahkan kepada pihak di Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Thursday, October 27, 2011

Perhatian!! Pondan Lari Dari Pusat Pemulihan!



WANG TEPUS - Seorang pelatih lelaki yang berperwatakan seperti wanita dipercayai melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak, Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk di sini sejak 11 hari lalu.

Mohd Ridhwan Khan Jumakahn, 30, yang berasal dari Negeri Sembilan itu dikatakan menghilangkan diri selepas mengalami tekanan berikutan terlalu lama diletakkan di pusat itu bagi tujuan pemulihan penyalahgunaan dadah dan akhlak.

Pengetua pusat rawatan terbabit, Mohd Muzni Mohd Noor, berkata, pihaknya mula menyedari kehilangan pelatih itu kira-kira jam 5 pagi pada 14 Oktober lalu ketika mahu mengejutkan semua pelatih untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah.

Menurutnya, sejak kehilangan pelatih itu pihaknya juga tidak pernah berhenti mencari di merata-rata termasuklah di Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Nerang.

“Kami turut menerima panggilan daripada orang awam yang menemuinya di kawasan Bukit Tembaga dan ingin menghantarnya pulang tetapi dia berjaya melarikan diri dan masuk ke kawasan hutan kerana bimbang dimasukkan semula ke pusat ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Ridhwan Khan dimasukkan ke pusat itu sejak Mei lalu selepas ditahan kerana kes penyalahgunaan dadah dan akhlak.

Mohd Muzni berkata, pelatih terbabit meninggalkan tempat itu sehelai sepinggang dan berpakaian kemeja T berwarna biru gelap dan seluar trek biru ketika kali terakhir ditemui sebelum menghilangkan diri.

Menurutnya, pihaknya yakin pelatih terbabit memanjat pagar di sekitar pusat terbabit sebelum berjaya meloloskan dirinya sewaktu kejadian.

“Kita bimbang sesuatu yang buruk menimpanya kerana sebelum ini dia pernah dua kali cuba melarikan diri namun sempat ditahan polis dan dimasukkan semula ke pusat itu.

“Kita tidak mahu dia kembali kepada perwatakan wanita kerana sejak berada di sini dia sudah boleh menerima perubahan dan bertukar kepada watak lelaki secara perlahan-lahan,” katanya

Berikutan kehilangan pelatih itu, satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu pada 22 Oktober lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu.

Sesiapa yang terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Mohd Ridhwan bolehlah menghubungi Mohd Muzni di talian 013-4230243, 04-9173014 atau Mohd Fitri Ramizan di talian 019-5503093.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog