pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 5, 2012

Panas !!! Ostazah Abby Abadi Di Sekolahkan Bekas Mufti @DrMaza @abby_abadi112



Semenjak Ostazah Mee Segera PAS di beri tauliah dari Pemimpin Ajaran Otak Hijau, soal agama dah jadi mainan untuk mencari glamor dalam dunia politik setelah dunia artisnya tidak lagi dapat memberi apa yang di hajatinya untuk glamor.

Sikap kemaruk glamor dalam dunia politik telah membuat Ostazah Mee Segera terlupa taraf ilmu di dadanya di dalam mempertikai soal agama yang boleh memudaratkan pemikiran golongan muda.

Ramai Ilmuan islam mempertikai cara Ostazah Mee Segera ini mendalami tentang Islam yang tidak kena pada tempat yang sepatutnya Ostazah Mee Segera mendalami pengetahuan tentang Islam sebelum bercakap soal Islam di pentas politik.

Terbaru bekas Mufti Perlis, Dr Asri menegur cara Ostazah Mee Segera yang di lihat seolah-olah menganggap dirinya seorang yang bijak pandai dalam soal Islam setelah menganut ajaran otak hijau.

Teguran Dr. Asri Kepada Abby: Ilmu Agama Penting Sebelum Memberi Pandangan… 

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu. 
Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi pandangan kepada orang lain. 
“Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan. 
“Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam. 
Pada 29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang menulis: “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?” 
Abby kemudian mencelah, “Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.” 
Komen Abby kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: “Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen.” 
Sementara itu, Abby ketika dihubungi Metro Ahad semalam berkata, komennya dalam laman sosial itu adalah pandangan peribadinya yang tidak berniat menghentam atau memaki penceramah itu. 
“Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia. 
“Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya. 
“Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal,” katanya. 
Menurut Abby, ada segelintir pihak menyebelahinya kerana mereka faham, namun dia tetap menghormati setiap pandangan orang lain. 
Katanya, dia mahu berbaik dengan ramai pihak, termasuk individu bergelar ustaz. Selepas berhijrah dengan imej bertudung sejak pulang umrah pertengahan Mac lalu, dia mengakui menerima banyak jemputan menghadiri majlis keagamaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. 
“Memang tak menang tangan dan saya pun tidak sangka atas jemputan diterima. Apapun, saya tahu kemampuan sendiri walaupun ada yang mengharapkan sesuatu yang lebih daripada saya. 
“Sebagai sahabat, saya bukan mahu mengajar tetapi berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya akui memang dilahirkan Islam tetapi apabila tidak faham dan mengikut perintah Tuhan, orang panggil jahil,” katanya. - Mynewshub.my



 Pisau Kedah :-

Pisau Kedah bersyukur sekiranya Ostazah Mee segera berubah untuk bertudung setelah kembali dari umrah tapi Ostazah Mee Segera tidaklah boleh mengangap dengan penghijrahannya itu memberi lesen kepadanya untuk bercakap sesuka hati soal Islam sebelum mempelajari lebih mendalam apa itu Islam.

Ulama-ulama yang tinggi ilmu agamanya pun mengambil sikap bermuzakarah untuk menentukan sesuatu dalam Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Dari penjelasannya itu menunjukkan dia tak paham apa yang cuba diajukan oleh Dr Asri... apa yang Dr cuba bangkitkan ialah "adakah adil Hudud yang PAS nak jalankan hanya untuk orang islam dan orang bukan islam boleh memilih hukum yang lain kalau tak bersetuju". Dr Asri bukan membantah Hudud tapi menyoal cara PAS nak jalankan hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Apabila sesebuah negara jalankan Hudud ianya perlu jalankan pada keseluruhan rakyat (samada Islam atau pun bukan)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog