pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, September 5, 2012

Al-Fatihah - Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir Meninggal Dunia


Dr. Mahadzir Mohd. Khir Meninggal Dunia

PETALING JAYA- Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir disahkan meninggal dunia pada petang Rabu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung petang pada Selasa.
Beliau dilahirkan di Kedah pada 16 Mei 1945 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani setelah memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 1999.
Allyarham merupakan bekas guru dan pernah menjadi pensyarah di Jabatan Sejarah di Universiti Malaya, presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (KKAUM).
Sewaktu memegang jawatan sebagai timbalan menteri pelajaran, beliau memberi penekanan utama kepada para pelajar sekolah rendah terhadap pendidikan berasaskan teknologi maklumat terutama komputer.
Mempunyai minat membaca, beliau telah memperluaskan kewujudan Pusat Bacaan Rakyat (PUBARA) yang terdapat dibanyak daerah dalam Negeri Kedah.
Allahyarham turut memberi lebih perhatian kepada perpustakaan sekolah rendah untuk memantapkan lagi kemudahan sedia ada.
Jenazah allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Seksyen 14, Petaling Jaya dan dijangka akan dikebumikan pada pagi Khamis.-My News Hub

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog