pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, September 3, 2012

Panas !!! Dr Maza Menyifatkan PAS Terperangkap Di Dalam Hudud Yang Di Mainkan Dalam Politik.



BEKAS Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS terjebak dalam agenda undang-undang hudud, yang menurut beliau, memerlukan penyusunan rapi untuk dilaksanakan dengan sempurna.

Beliau menegaskan, pelaksanaan undang-undang syariah itu tidak akan membanteras jenayah jika ia tidak diuruskan secara jitu.

“Saya buat satu contoh mudah. Zakat boleh menyelesaikan masalah kemiskinan orang Islam. Kita kutip zakat banyak, tapi oleh kerana cara pembahagian kita tak “settle”(teratur), maka kita dapati zakat tak berfungsi (membasmi kemiskinan) walaupun kutipan berlaku,” kata beliau kepada AntaraPos.

“(Ini) bukan kelemahan zakat tapi pengurusan. Jadi sebelum nak buat apa kita kena pastikan (bahawa) penyusunan itu mesti betul,” tambah Dr Asri.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi menggesa Umno supaya segera melaksanakan hukum hudud kerana, menurut beliau, ia akan menjamin keamanan dan keselamatan di negara ini.

Beliau memberi jaminan bahawa PAS tetap mahu melaksanakan undang-undang itu sungguhpun agenda itu ditentang oleh DAP.

Dr Asri berkata pelaksanaan undang-undang hudud hanya patut dilaksanakan apabila segala persiapan sudah lengkap dan faktor persekitaran diambil kira.

Beliau berkata banyak negara melaksanakan hukum hudud tetapi masih dibelenggui dengan masalah jenayah akibat penyusunan yang tidak betul.

“Banyak negara yang buat hudud tapi tak selesai termasuk di Nigeria dan di Sudan sehingga mereka terpaksa memberhentikan hudud sebab persekitaran. Mereka tidak mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk buat hudud,” kata beliau.

“Justeru, wujudkan persekitaran dulu baru, buat hudud. Hudud adalah langkah yang akhir untuk mengatasi jenayah setelah persekitaran yang sesuai diwujudkan,” kata Dr Asri.



Beliau berkata, kesungguhan PAS membicarakan isu hudud sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 memakan diri.

“Saya berani mengatakan bahawa PAS terperangkap dengan membicarakan topik ini (hudud). Sepatutnya dia tak payah kerana tajuk ini hanya akan memalingkan pengundi sahaja,” kata beliau.

“(Patut) Hudud PAS bincang dengan Dap selepas dia dapat kuasa, bukan sebelum dia berkuasa. Ini saranan saya,” tambah ulama itu.

Dr Asri sebelum ini berkata Pas memberi gambaran salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Menurut beliau, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.

Katanya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan Pengerusi Dap, Karpal Singh mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah. -antarapos

1 comment:

Anonymous said...

Kau orang ni jangan mendengar pada Ibrahim Ali. Dia dan orang2 PAS mengyalak macam anging betina naik berahi, tapi tak fikir dengan matang.

U tau tak apa akan jadi kalau Hudud / Hukum Syariah di laksanakan di Malaysia?

1) Money Flight (duit terbang)- duit simpanan akan keluar negara sampai ber-billion2. lebih teruk dari crisis ekonomi dulu.
2) Brain Drain- orang berpengalaman termasuk MELAYU akan keluar dari negara ni.
3) Pelaburan asing akan berhenti. Yang ada akan keluar. Siapa nak invest di negara yang mengalami "money flight" dan "brain drain"?
4) industri2 multinational yang ada akan pindah ke negara jiran macam Thailand dan Singapura. industri2 ni takkan nak berada di sini kalau ada "money flight" dan "brain drain"! tiada orang berpengalaman untuk mengendali industri!
5) industri2 local akan tutup, pertama sekali, PROTON DAN PERODUA. kalau ada prlarian duit dan brain drain, industri tutup, orang takde duit, siapa mampu beli kereta? kebanyakan pekerja PROTON dan PERODUA akan di buang kerja, dan dia orang tu semua MELAYU tau.
6)sekarang dah ada banyak graduan UiTM tak de kerja. Bila ekonomi merosot macam di atas, banyak lagi takkan dapat kerja. Instutusi pertama yang akan tutup ada la UiTM. Graduan Tak boleh dapat kerja, siapa nak belajar? Mak - bapak takde duit, siapa mampu yuran belajar, college pun tutup! Ibrahim Ali nak Bayar? PAS nak beri kerja? Dah ada cukup Ustaz dan Ustazah, nak belajar apa lagi? nak kerja apa lagi? Nak balik kampung kutip kelapa pun tak boleh, dah ada beruk, orang perkasa dan pas untuk tu!
7) ada banyak lagi kesan dan masallah dengan kesilapan ni. Cuba fikir? Pelancong asing takkan dating, industry pelancongan musnah, siapa yang susah? Melayu sendiri akan jadi tidak relevant dengan perbuatan ni tau!
Jangan buat sesuatu yang akan mengjahanamkan negara. Ugama suruh U untuk fikir dengan was-was, bukan dengar pada orang gila. Duit minyak/petronas akan kekal untuk 10tahun lagi je. nak buat apa lepas tu? Jangan benarkan saudara Melayu yang kurang akal tuk menjahanamkan masa depan kamu. Ada sesuatu dalam hidup yang tak boleh patah balik bila sudah jadi tau.
Saya dan keluarga saya selamat dan ada jalan lain, ada tempat lain. U ada ke?


Anak Indon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog