pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, September 4, 2012

Tu Dia !!! PAS Kedah Mengzalimi Rakyat Di Baling.



BALING – Kira-kira 400 penduduk di sekitar Kampung Tebing Tinggi, Mukim Kupang dekat sini, kecewa kerana sering kali berhadapan masalah tekanan air rendah sejak tiga tahun lalu.

Keadaan itu memaksa penduduk terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk membeli pam air selain mengorek telaga untuk kemudahan mereka.

Penduduk, Zakaria Wahab, 32, berkata, tekanan air di kawasan kampung itu begitu rendah sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, keadaan bertambah teruk pada waktu perayaan kerana kebanyakan penduduk memerlukan kuantiti air yang banyak.

“Masalah air berlarutan sejak sekian lama sehingga penduduk tekad untuk membeli pam air mahupun mengorek telaga,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) ada membekalkan air di kampung berkenaan, ia hanya untuk sementara waktu.

“Kami tetap bersyukur dengan pemberian air berkenaan tetapi penduduk masih lagi berhadapan dengan masalah tekanan air yang teruk.

“Keluarga yang berkemampuan mungkin dapat membeli pam air tetapi keluarga yang tidak berkemampuan pastinya terpaksa meneruskan kehidupan tanpa keperluan asas ini,” katanya.

Katanya, keadaan kampung yang jauh dari sungai mengakibatkan penduduk tidak mempunyai alternatif lain selain menakung air pada setiap hari.

“Menjadi rutin harian penduduk menakung air pada waktu malam kerana ketiadaan air pada waktu petang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Tebing Tinggi, Abdul Razak Md Noh menggesa pihak berkenaan membantu menyelesaikan kemelut yang melanda penduduk kampung di sini.

“Masalah air seharusnya tidak lagi berlaku pada ketika ini. Tetapi, penduduk masih terpaksa terpaksa mengorek telaga untuk mendapatkan air.

“Masalah ini bukan perkara baru, tetapi sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu. Sehubungan itu, pihak berkenaan perlu turun padang bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.-Sinar Harian



Pisau Kedah :-

Kemana perginya Cikgu Joe ADUN Kupang sehinggakan permasalahan begini tak dapat di selesaikan

1 comment:

anak kupang said...

Tak pa.PAS memang zalim.
Apa yg penting calon BN di Baling kena calon anak tempatan.
calon penjajahan luar tak mahu lagi.
BN akan menang jika calon anak tempatan.Calor orang elokalh mereka balik tempat mereka sendiri.

hidup UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog