pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, September 4, 2012

Tu Dia !!! Kerajaan Rejim DAP Sanggup Merampas Bendera Malaysia Demi Kebencian Politik Terhadap Lawan


Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menurunkan ratusan Jalur Gemilang dan bendera Barisan Nasional (BN) di sepanjang jalan Bagan Jermal dan Jalan Gottlieb di sini dianggap tidak patriotik. Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Teng Chang Yeow berkata, oleh kerana bahang sambutan kemerdekaan ke-55 masih terasa, tindakan MPPP itu dilihat langsung tidak sensitif dan tidak menghormati Jalur Gemilang.

 Chang Yeow berkata, beliau percaya tindakkan penguatkuasaan itu sudah pastinya diarahkan oleh Yang Dipertua MPPP selepas menerima arahan 'pihak atasan'.

 "Kalau mereka nak turunkan bendera BN sahaja kita boleh terima, namun apa yang membuatkan kami marah apabila Jalur Gemilang yang turut dipasang juga dicabut dan dirampas.

 "Kesemua bendera ini dipasang di kawasan persendirian dan sekiranya mereka nak turunkan bendera parti politik kenapa hanya bendera BN sahaja yang diturunkan dan mengapa bendera parti lain dibiarkan begitu sahaja," katanya ketika ditemui media selepas melancarkan program semboyan dibunyikan peringkat Parlimen Bukit Bendera di sini, semalam.

 Chang Yeow berkata, beliau tidak faham apakah peruntukan undang-undang yang digunakan oleh MPPP sehingga terpaksa mengerahkan penguatkuasa menurunkan bendera BN dan jalur gemilang termasuk di kawasan persendirian. "

Kita akan menuntut semula bendera-bendera yang telah dirampas MPPP itu dan kita mahukan penjelasan mengapakah kesemua bendera dan Jalur Gemilang ini dicabut dan dirampas," katanya.

 Difahamkan lebih 300 bendera BN dan Jalur Gemilang yang dipasang pada awal pagi 31 Ogos lalu telah diturunkan sepasukan penguat kuasa MPPP pada malam hari yang sama.

 Sabtu lalu, media melaporkan kira-kira 1,000 bendera BN dan Jalur Gemilang yang dipasang sempena program pelancaran 1Malaysia Brother's di Paya terubong turut diturunkan MPPP.

 Sinar Harian cuba menghubungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail untuk mendapatkan penjelasan namun gagal. Difahamkan, MPPP akan membuat satu sidang media berhubung garis panduan pemasangan bendera hari ini. - Sinar Harian





Pisau Kedah:-

Apa yang dapat Pisau Kedah faham, tindakan PBT Kerajaan Negeri bersifat kebencian kepada poitik pihak lawan sehinggakan sanggup merampas Bendera Malaysia yang di pacak. 

Sebagai Kerajaan Negeri di dalam Tanah Malaysia ini, perbezaan fahaman politik bukan alasan yang boleh di guna pakai untuk menghina jalur gemilang yang di sayangi rakyat Malaysia.

Ini baru mentadbir satu negeri, bendera Negara langsung tak di hormat. Bagaimana sekiranya rejim DAP memerintah Malaysia ? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog