pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, September 3, 2012

Panas !!! UMNO Kedah Sokong Sekiranya PAS Mahu Wujudkan Jawatan Timbalan Menteri Besar

Umno Kedah simpati nasib Adun Kuala Nerang



ALOR SETAR - Umno Kedah menggesa kerajaan negeri pimpinan PAS mewujudkan segera jawatan Timbalan Menteri Besar bagi melaksanakan tugas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sakit.
   
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun dalam perlembagaan negeri tidak wujud jawatan tersebut, kerajaan negeri perlu membuat pindaan terhadap perlembagaan tersebut.
   
"Umno Kedah akan menyokong dan bersetuju sekiranya kerajaan negeri mahu mewujudkan jawatan tersebut demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit di sini hari ini.
   
Beliau berkata semua itu bergantung kepada Azizan sama ada mempersetujui cadangan tersebut atau sebaliknya memandangkan keadaan kesihatannya yang kini tidak menentu.
   
Ahmad Bashah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata jika Azizan merasakan dirinya mampu untuk mentadbir,  Umno tidak akan meminta beliau berbuat demikian.
   
Difahamkan satu mesyuarat exco kerajaan negeri akan diadakan Rabu ini di sebuah hospital swasta iaitu tempat Azizan dirawat. Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Azizan sendiri.
   
Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat exco ialah 5 Ogos lepas sebelum beliau mendapat rawatan di hospital swasta itu pada 14 Ogos.
   
Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Setar hari ini dihadiri 510 perwakilan dari 98 cawangan. - Bernama




Pisau Kedah :-

Pisau Kedah menyokong kenyataan Datuk Ahmad Bashah supaya Kerajaan Negeri menubuhkan jawatan Timbalan Menteri Besar bagi memangku tugas sementara Azizan Razak yang sedang sakit.

Namun harus di ingat sekiranya Kerajaan Negeri memilih jangan dari golongan parsit di dalam PAS yang mahukan Azizan Razak di singkirkan.

Apa-apa pun kita doakan Azizan Razak cepat sembuh dan di beri kesihatan yang baik insyallah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog