pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, September 6, 2012

Panas !!!! Khalid Gagap Mengaku Kalah Dengan 55 Orang kakitangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd


Post Pic

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akhirnya akur dengan desakan 55 orang pekerja syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Kuala Selangor, untuk melunaskan tunggakan gaji mereka sejak Julai lepas.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah memutuskan untuk membayar hutang tersebut yangg dianggarkan berjumlah RM15 juta.



Bagaimanapun, Khalid tidak memperjelaskan secara terperinci bila dan bagaimana prosedur pembayaran itu akan dilakukan.

"Oh, kita sudah bersetuju untuk membayar," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Residen Komuniti Siswa JNSB Noorashikeen Mohd Stap ketika dihubungi Antarapos berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Katanya, ini kerana isu tersebut sudah menjadi kes mahkamah dan pihaknya hanya dapat memberi kenyataan rasmi selepas 14 September ini.

Kelmarin, pekerja JNSB bercadang mengadakan mogok kedua selepas pihak pengurusan universiti milik kerajaan negeri itu masih gagal melunaskan tunggakan gaji mereka sejak Julai lepas.

Akhbar juga sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan JNSB. 

Hutang itu termasuk tunggakan bayaran melibatkan kos penyelenggaraan di kampus induk dan operasi asrama universiti milik kerajaan negeri Selangor tersebut.

Rentetan isu itu, kerajaan negeri Selangor mengumumkan penubuhan sebuah panel timbang tara yang diketuai Muhammad Khusrin bagi menyelesaikan masalah antara Unisel dan JNSB.

Antarapos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog