pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, October 6, 2012

Kartun Lawak Di Pagi Sabtu Yang Memberi Seribu Pengertian

Melalui sekeping gambar segalanya boleh di bicarakan



Setelah isu Ustaz Nasha yang pro kepada kerajaan perpaduan di bawa ke Majlis Syura Ulama PAS pada bulan lepas di atas kritikannya terhadap pemimpin utama di dalam pakatan haram, Ustaz Nasha bagaikan di pinggirkan terus dari pimpinan teratas PAS yang kebanyakan di kuasai oleh parasit Anwarinas.

Walaupun dengan pendirian tegas Ustaz Nasha masih lagi mahu bersama dengan PAS, tetapi perjalanan politik Ustaz Nasha di dalam PAS telah di sekat golongan parasit yang merasakan Ustaz Nasha merupakan penghalang bagi mereka untuk mempergunakan PAS sebagai jambatan untuk perjuangan politik peribadi demi jawatan yang di janjijkan Anwar sekiranya Pakatan Haram mentadbir Malaysia.

Bagi golongan parasit yang berada dalam PAS, kegagalan PAS memecat Ustaz Nasha merupakan satu malapetaka buat DAP dan PKR yang benar-benar mengharap Ustaz Ustaz Nasha di pecat kerana mereka mengangap Ustaz Nasha satu penghalang yang akan bersuara sekiranya mereka memperkudakan PAS.

Yang pastinya selepas ini DAP dan PKR akan mengarahkan golongan Parasit dalam PAS supaya membenam Ustaz Nasha dalam politik supaya tiada jalan untuk Ustaz Nasha yang PRO kepada kerajaan perpaduan menentang tindakan DAP dan PKR dalam PAS.

Apa yang kita dapat lihat ternyata keputusan yang di buat oleh Majlis Syura Ulama PAS dengan tidak mengugurkan Ustaz Nasha belum tentu selamat untuk menjaminkan Ustaz Nasha terus berada dalam PAS sekiranya golongan parasit dalam PAS masih mempunyai kekuatan untuk menjatuhkan politik Ustaz Nasha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog