pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, October 18, 2012

Gila!!! Ketua Pemuda PAS Menyindir Parti Sendiri @dppmalaysia #tukarkedah #SGB

Nasrudin Hassan

Terbaru kenyataan Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS bahawa UMNO menikus depan MCA bagaikan menyindir parti PAS yang kini sedang menikus untuk memperhambakan diri kepada DAP demi kepentingan politik untuk bersama-sama musuh Islam itu ke Putrajaya.

Demi kuasa dan jawatan dalam politik, kasih sayangnya PAS terhadap DAP.  Ketua Pemuda PAS sanggup menjadi bodoh apabila dilihat sangup mempertahankan DAP yang kini telah di tentang segelintir ahli PAS dan bekas-bekas ahli PAS yang sedar bahawa perhubungan PAS dengan DAP mengundang ancaman yang amat merbahaya kepada Islam di Malaysia.

Di sebabkan ketakutan PAS yang melihat Umat Islam kini mula mengetahui akan keburukan DAP yang anti Islam, pelbagai cara telah di buat untuk menutup salah laku. DAP yang terang-terang cuba menghapuskan kuasa Islam / Melayu di Malaysia.

Antara cara yang di lakukan PAS untuk menutup salah laku DAP adalah dengan memindahkan salah laku yang di letakan umat Islam terhadap DAP kepada MCA yang berada dalam BN supaya umat Islam merasa benci kepada UMNO yang merupakan peneraju utama BN.

Sekiranya di lihat dari logik akal dalam politik. Ternyata dalam BN, UMNO merupakan tonggak utama BN yang menerajui sejak sekian lama bersama parti MCA serta MIC melalui gabungan yang sah di bawah parti BN dan mempunyai 1 lambang sahaja bagi menunjukan bahawa barisan parti yang berada dalam BN mempunyai ikatan yang kukuh.

UMNO dengan menjadi peneraju utama dalam gabungan dengan bukan Islam untuk mentadbir Negara, UMNO telah mengikut seperti landasan  apa yang di kehendaki Islam iaitu dalam kerjasama dengan bukan Islam untuk mentadbir negara,  Islam menjadi peneraju yang berkuasa dan bukannya menjadi peneraju yang tidak mempunyai kuasa seperti Anwar Ibrahim di dalam mengetuai Pakatan Haram.

Namun sekiranya di lihat di dalam Pakatan Haram, DAP di lihat lebih berkuasa dari parti-parti lain dalam gabungan yang sangat rapuh dan sukar mencapai kata sepakat.

Di dalam gabungan yang tidak ada kesepakatan itu, PAS yang berteraskan Islam di lihat merupakan satu parti yang di perkudakan parti DAP dan PKR dalam Pakatan Haram dan bukannya sebuah parti yang menerajui Pakatan Haram.

Sebagai buktinya, PAS dahulunya merupakan sebuah parti yang dasar perjuangannya adalah membentuk Negara Islam melalui acuan Islam PAS, tapi setelah berkerjasama dengan DAP dan PKR,  PAS sangup mengadaikan dasar perjuangan parti demi memenuhi kehendak DAP yang mahukan dasar perjuangan membentuk Negara Islam di gugurkan sekiranya ingin bersatu menentang BN yang di terajui UMNO untuk ke Putrajaya.

Di dalam menjadi sebuah parti pencacai dalam Pakatan Haram, tidak hairanlah PAS sanggup memperdagangkan Islam demi politik.

PAS menganggap merekalah parti Islam yang patut umat Islam sokong dan sekiranya menghina PAS adalah seperti menghina Islam sedangkan hakikatnya PAS hanyalah sebuah parti politik yang mempunyai agendanya tersendiri di dalam merebut kuasa politik dan membalas dendam terhadap UMNO.

Dengan berprinsipkan "Matlamat Menghalalkan Cara" PAS kini tidak hairan akan nasib yang bakal menimpa umat Islam asalkan dapat memiliki apa yang di hajatinya itu.

PAS kini terpaksa akur terhadap kuasa DAP dan sanggup meminggirkan suara pemikir Islam yang berada dalam PAS yang lantang mengkritik DAP yang di lihat anti Islam..

Akibat kritikan golongan pemikir Islam yang berada dalam PAS terhadap DAP, PAS kini di lihat lebih menikus untuk menjaga hati pemimpin DAP supaya dapat bersama ke Putrajaya walau pun terpaksa memperhambakan diri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog