pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, October 19, 2012

Tu Dia !!! Blogger Pro Pakatan Haram Pun Tak Dapat Terima Alasan Blogger Pencacai PAS Kedah Berkenaan Kepincangan Audit Negeri Kedah



Kepincangan Audit di dalam Negeri Kedah sungguh memalukan kerana di tadbir parti yang mengaku kononnya merekalah memperjuangkan Islam yang menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengurusan.

Di sebalik kepincangan dalam Audit Negeri Kedah, blogger pencacai PAS telah memain peranan meletak kan kegagalan urus tadbir Negeri ke atas UMNO yang kononya seorang KCS yang rapat dengan SUK Kedah, Datuk Rasli Basir telah menyeleweng projek perumahan Awam Kos Rendah dengan meluluskan pembayaran kepada lima kontraktor yang tidak wujud adalah bekas orang kuat UMNO Kuala Kedah.

Dalam blog Pencacai mengatakan KCS terbabit pernah di tahan reman SPRM sebelum ini di sebabkan penyelewengan dan akan di hadapkan ke mahkamah oleh SPRM bila-bila masa sahaja.

Yang menghairankan Pisau Kedah kalau benarlah KCS terbabit akan di hadapkan ke Mahkamah oleh SPRM, apakah dah tentu KCS terbabit di dapati bersalah seperti mana yang di gambarkan blogger pencacai PAS sebelum Mahkamah menentukan KCS terbabit benar-benarbersalah menyeleweng atau tidak.

Harus di ingat pentadbir utama kerajaan Negeri merupakan Menteri Besar iaitu Azizan Razak dari kepimpinan PAS. Tetapi kenapa Azizan Razak selaku orang pertama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri tidak menyatakan penyelewengan di lakukan KCS ? 

Di dalam pengurusan wang Negeri, tak kan kot KCS dengan sewenangnya boleh minta peruntukan tanpa kelulusan Menteri Besar Kedah ?

Sekirnya peruntukan yang di luluskan, Apakah Menteri Besar tidak selidik dahulu sebelum meluluskan peruntukan yang di pohon?

Harus di ingat, PAS merupakan kerajaan yang mentadbir Kedah, bukannya UMNO yang mentadbir. Tak perlu la dalam penyelewengan yang berlaku nak tunding kesalahan kepada UMNO.

Alasan yang tidak boleh di terima pakai, penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang di tadbir PAS, UMNO yang bukan pentadbir Kerajaan Negeri di persalahkan.

Tak hairan la, blogger pro Pakatan Haram, Ameno World pun menghantam pentadbiran Kerajaan Negeri yang di lihat gagal di dalam pengurusan pentadbiran dan menghantam blogger pencacai PAS Kedah yang suka menunding kesalahan kepada pihak lain untuk menutup kelemahan PAS Kedah.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog