pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, October 25, 2012

Edisi Kantoi !!! Kerajaan Negeri Kedah Pentadbiran PAS Pernah Berbohong Tentang Projek Balak Di Papua New Guinea

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mendedahkan hari ini bahawa Kerajaan PAS Kedah pernah menafikan Kedah Corp mengambil pinjaman bagi membiayai pelaburan projek pembalakan di Papua New Guinea.

Sambil merujuk laporan akhbar tentang perkara berkenaan Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri telah berbohong kepada rakyat pada persidangan dewan undangan negeri dengan menafikan tentang pinjaman berkenaan.

"Semasa sidang dewan undangan negeri pada April 2011, semasa ditanya Ketua Pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid adakah Kedah Corp membuat pinjaman, seorang Exco menjawab tidak membuat pinjaman," katanya.

"Laporan Audit mendedahkan Kedah Corp telah membuat pinjaman kira-kira RM130 juta. Jadi siapa yang bercakap tidak benar di sini," katannya pada persidangan media selepas menyerahkan 30 ekor lembu untuk korban sempena Aidiladha di Pusat Khidmat ADUN Bakar Bata.

Laporan Audit 2011 dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan KCB membeli 70 peratus kepentingan dalam MAS bernilai RM31.21 juta untuk membangunkan dua kawasan seluas 114,429 hektar di Papua New Guinea namun pada 1 Mac 2011 lembaga pengarah KCB menghentikan projek itu kerana menghadapi masalah.

Pelaburan itu mengakibatkan KCB mengalami kerugian dan menanggung liabiliti pinjaman serta caj pinjaman berjumlah RM13.49 juta.

Ahmad Bashah berkata dalam isu pelaburan berkenaan, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak boleh lari daripada memikul tanggungjawab kerana sebarang perkara yang berlaku kepada anak syarikat kerajaan negeri adalah di bawah pentadbiran beliau.

Dalam soal pelaburan di luar negara, dengan melibatkan pelaburan berjuta ringgit, pastilah Menteri Besar yang juga Pengerusi Kedah Corp perlu tahu dan mengambil perhatian yang serius. "Tak kan beliau tidak mendapat taklimat tentang pelaburan yang melibatkan jumlah sebegitu besar,".

 Katanya, dengan Menteri Besar sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek itu pada 12 Oktober 2008 yang diadakan di Pejabat Menteri Besar Kedah, mana mungkin beliau tidak tahu tentang butiran lanjut.

"Kalau beliau menjawab tidak tahu tentang pelaburan itu, bermakna sia-sia sahaja beliau hadir ke majlis perjanjian berkenaan," katanya, sambil menambah bahawa kesilapan melakukan pelaburan di PNG itu adalah kerana keghairahan cuba membuktikan mereka adalah kerajaan yang cekap.

"Selepas mengambi alih kerajaan negeri pada Mac 2008, PAS Kedah terlalu terdesak mahu membuktikan mereka hebat, akhirnya melakukan kesilapan dengan melakukan pelaburan tanpa menjalankan kajian yang mendalam," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog