pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, October 31, 2012

Gempar !!! Benarkah Malaysia Sebuah Negara Pengganas


Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara pengganas ekoran penahanan dua rakyat negara ini di Lubnan, yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Sebaliknya, beliau berkata Malaysia sentiasa berusaha membendung aktiviti sedemikian daripada menular di negara ini.

Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara saling bekerjasama dalam mengawasi kegiatan itu, katanya kepada Bernama selepas menyertai program 'Dalam Radar' Radio24 Bernama di Wisma Bernama pada Selasa.

Beliau diminta mengulas penahanan Razif Mohamad Ariffin, 28, dan Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, di sebuah hotel di Beirut pada 18 Oktober lepas kerana dipercayai dilatih menjadi pengebom berani mati serta mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Kedua-dua pemuda itu akan diwakili empat peguam dalam sebutan semula kes mereka di Tribunal Tentera di Beirut, esok.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga tidak mahu berkompromi dalam sebarang aktiviti keganasan tetapi pada masa yang sama, ia tidak memandang ringan penahanan Razif dan Mohamad Razin Shahar.Sementara itu, semasa menjawab pertanyaan pemanggil program 'Dalam Radar', beliau berkata peperangan biologi akan menjadi ancaman baharu buat Malaysia.

Untuk itu, Malaysia bercadang menggubal akta mengenainya sebagai langkah persediaan jika peperangan tersebut berlaku pada masa depan.

"Perang biologi adalah perang baharu yang dikhuatiri boleh berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau Asean," katanya. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog