pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, October 23, 2012

Tu Dia !!! Christina Aguilera Akui Tak Suka Pakai Seluar Dalam




Mungkin sudah menjadi kebiasaan budaya di Barat dan juga pemikiran yang terlalu terbuka, baru-baru ini Christina Aguilera mengakui bahawa dia tidak suka memakai seluar dalam. 
Kalau nak diikutkan budaya kita di sini, memang kena hentam teruklah mana-mana artis yang mengaku macam ini. 
Tetapi bagi juri program realiti The Voice ini, dia lebih selesa dengan gaya sebegitu. 
Menurut laman web contactmusic.com, dia sememangnya yakin dengan penampilan tersebut dan tidak segan untuk menghebahkannya. 
"Saya memang tidak suka memakai seluar dalam. Saya ingin rasa bebas setiap masa. Lagi pun, ia sebenarnya menunjukkan siapa sebenarnya diri saya," katanya dipetik daripada laman web tersebut. 
Selain itu, dia juga sungguh berkeyakinan apabila berbicara mengenai soal usianya yang semakin meningkat. 
"Saya tidak kisah untuk bergelar tua. Ia sememangnya proses yang akan berlaku.
"Mungkin sesetengah orang takut untuk menjadi tua tapi bagi saya ia mampu mematangkan saya dan pengalaman mengandung turut sama membuatkan saya kagum dengan kebolehan tubuh badan wanita," kata penyanyi ini lagi yang turut tidak kisah menerima kritikan kerana dia sudah berasa selesa dan yakin dengan dirinya. 
Menurut Christina semua perkara tersebut mempunyai kaitan dengan album terbarunya, Lotus yang memfokuskan kepada kebahagiaan, kebebasan dan juga kesediaan untuk menjadi lebih matang.- utusan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog