pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, October 25, 2012

Pendedahan Eksklusif !!! Perkara Yang Patut Anda Tahu Tentang KCB Di Sebalik Kerugian Projek Papua New Guinea #tukarkedah #SGB



Siapa percayakan kenyataan Azizan Razak ni memang betul-betul bodoh la sebab Azizan Razak tidak jujur memperjelaskan perkara yang sebenarnya yang telah berlaku di sebalik permasalahan projek Papua New Guinea dalam Kedah Corporation Berhad.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang di maksudkan Azizan Razak telah di pecat itu adalah Akashah Ismail, individu yang pernah memegang jawatan CEO dalam Kedah Corporation Berhad ( KCB ) dan merupakan orang yang bertanggungjawap mencari projek di luar negara setelah di arahkan Azizan Razak selaku pengerusi KCB.

Pembalakan di Papua New Guinea merupakan projek hasil dari usaha Akashah Ismail di sebalik arahan yang telah di berikan Azizan Razak dalam KCB, dan projek berkenaan merupakan projek usahasama diantara KCB dan syarikat MAS Incorporated (PNG) Ltd (MAS) yang telah di tandatangani pada 12 Oktober 2008, bersaksikan Azizan Razak sendiri selaku Pengerusi KCB.

Sebenarnya Azizan Razak cuba selindungkan  perkara yang sebenarnya dari pengetahuan umum.

Mengikut prosuder KCB, Selaku CEO dalam KCB, Akashah Ismail hanya layak menandatangani pembayaran tuntutan hanya di bawah RM10,000 sahaja.

Sekiranya pembayaran tuntutan yang melebihi RM10,000 keatas ianya perlu di tandatangani oleh Azizan Razak selaku Pengerusi KCB melalui Mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kedah Corporation Berhad.

Agak mustahil sekiranya Azizan Razak menggunakan alasan tidak mengetahui akan penyelewengan yang telah berlaku kerana setiap pembayaran tuntutan pengurusan yang melebihi RM 10,000 perlu mendapat tandatangan dari Azizan Razak.

Mengapa Azizan Razak hendak menunding kesalahan kepada orang lain di sebalik kerugian laporan audit KCB sedangkan kenyataan yang sebenar, kerugian KCB sudah di ketahuinya lebih awal.


Cuba Azizan Razak atau Setpol Azizan Razak , Sanusi Md Nor atau Blogger Pencacai PAS Kedah tolong perjelaskan siapa yang menandatangani pembayaran tuntutan tanpa dokumen sokongan yang lengkap melebihi dari RM10,000 sedangkan hakikat yang sebenar mengikut prosuder CEO KCB hanya layak menandatangani tuntutan bernilai RM10,000 ke bawah sahaja.

Diri sendiri yang membuat kesalahan jangan pulak menunding kesalahan kepada orang lain lepas tu kaitkan pulak pentadbiran di zaman BN..

Azizan Razak Oiii.. Sekarang ni Azizan Razak adalah Menteri Besar setelah PRU 12, tak kan kot kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri di sebalik laporan Audit yang merugikan, Azizan Razak nak salahkan orang lain ?




Pisau Kedah :-

Nantikan Pisau Kedah dan geng TMK yang lain akan mendedahkan modius operandi Azizan Razak untuk mengelak dari di persalahkan setelah pendedahan laporan audit KCB dalam projek Papua New Guinea yang merugikan.

Kalau semua hendak tahu, strategi modius operandi Azizan Razak dalam mengelak dari di persalahkan sebenarnya telah di aturkan seseorang yang berada dekat dengan Azizan Razak di dalam Wisma Negeri.

Kepada orang yang mengatur strategi modius operandi Azizan Razak, TMK nak pesan la.. Sekarang ni teloq anda sedang berada dalam gengaman pihak TMK. 

Jangan lupa, berkenaan penyelewengan pembayaran RM2.55 Juta kepada 5 kontraktor hantu yang tidak wujud dalam laporan audit sebenarnya ada kaitannya dengan anda. Nantikan teloq anda bakal di picit-picit TMK..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog