pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, October 14, 2012

Panas !!! Kertas Siasatan Kes Acukan Senjata Oleh Pengawal Peribadi Anwar Telah Di Serahkan Pihak @PDRMsia


Sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan bahawa ternyata Pengawal Peribadi Anwar mempunyai niat melepaskan tembakan di sini.

Sebagai seorang Pengawal Peribadi yang terlatih pastinya dia mempunyai asas pengetahuan bagaimana cara dia menghadapi provokasi supaya tindakan yang di ambil tidak mengikut naluri hati.







MELAKA 13 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan melibatkan pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistol ke arah orang awam pada satu ceramah di Jasin dekat sini September lalu telah siap dan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat ini. 
"Kertas siasatan berhubung insiden tersebut telah lengkap dan kita akan hanitar kepada pejabat AG untuk tindakan selanjutnya," ujarnya. 
Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan darjah, bintang, tauliah dan pingat sempena Hari Jadi Ke-74 Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.Ismail menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira. 
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang mempersoalkan tempoh masa yang perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes tersebut walaupun segala bukti telah dikemukakan  - UM




Pisau Kedah :- 

Apakah pihak Peguam Negara (AG) akan mendakwa Pengawal Peribadi Anwar setelah kertas siasatan telah diserahkan  pihak PDRM kepada pihak AG ?

Di harapkan pihak AG tidak meletakan kertas siasatan yang di serahkan dalam tong sampah supaya tertuduh yang ternyata melakukan kesalahan terlepas begitu saja.

Jangan sesuatu perkara yang tidak diingini tercetus dalam Malaysia baru pihak AG mengambil tindakan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog