pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, October 6, 2012

Tu Dia !!! Cuepacs Bagi Lampu Hijau Untuk Pecat Kakitangan Kerajaan Yang Di Rasuah Oleh SUARAM


 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman

Cuepacs merupakan penjaga kebajikan bagi pekerja kakitangan kerajaan telah memberi lampu hijau kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pegawai kerajaan yang telah di  rasuah SUARAM bagi memperolehi maklumat dan rahsia kerajaan.


KUALA LUMPUR - Cuepacs meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan penjawat awam disogok Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi menyalur maklumat dan rahsia kerajaan. 
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, jika benar wujud, mereka mesti dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat.
"Kalau betul (laporan) akhbar itu, terserah pada pihak berkuasa (ambil tindakan), sebagai penjawat awam jangan mudah terima duit, kita ada etika yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
 
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah semalam, yang mendakwa Suaram menerima lebih daripada AS$100 juta (RM305.35 juta) bagi menganjurkan protes jalanan dan merasuah pegawai kerajaan. 
Suaram bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog