pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, October 29, 2012

Terpanas !!! Azizan Razak Punca Kedah Corporation Berhad Tanggung Beban Di Sebalik Projek 99 East Di Langkawi #tukarkedah



Apa yang ingin Pisau Kedah nak sentuh adalah kisah laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi yang telah di putar belitkan Setiausaha Politik (SETPOL) Azizan, Sanusi Md Nor dan beberapa blogger pencacai PAS.



Dalam laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi menyatakan apa yang berlaku terhadap projek berkenaan adalah terdapat kelemahan dari segi pretasi projek tidak mengikut perancangan dan pelanggaran syarat perjanjian, Kedah Corporation Berhad (KCB) (Syarikat GLC Kedah) juga didapati tidak mengamalkan tadbir urus korporat yang baik di mana terdapat ketidak patuhan terhadap Akta Syarikat 1965 dan Pekeliling Perbendaharaan serta pengurusan pelaburan yang lemah.

Namun akibat terdesak dengan laporan berkenaan, Setpol Azizan Razak bersama blogger pencacai PAS Kedah telah menyalahkan laporan audit berkenaan kepada bekas CEO KCB pada tahun 2007, Dato' Tajul Urus Md Zain yang berjaya menarik pelabur dari Swiss yang memiliki 51% saham dalam syarikat Terra Monda (S'pore) Ltd  yang berpengkalan di Singapore dalam pelaburan yang bernilai RM1.9 billon dengan mengatakan Dato' Tajul Urus telah menjerumuskan KCB dalam projek bernilai RM 1.9 billon yang telah meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat.

Pada pemulaan projek berkenaan, perjanjian telah di lakukan di mana Syarikat Terra Monda mendapat saham sebanyak 80% dari projek 99 East di Langkawi dalam Syarikat 99 East Langkawi SDN BHD setelah syarikat terbabit mengeluarkan kos pembangunan yang akan di bangunkan atas 144 hektar tanah ( milik Permodalan Kedah Berhad dan beberapa pihak  lain dalam Kerajaan Negeri) di Bukit Malut Langkawi, manakala bagi KCB telah mendapat 20% saham dalam Syarikat 99 East Langkawi SDN BHD ke atas projek berkenaan dengan perjanjian hanya menyediakan tanah untuk di buat pelaburan yang bernilai RM1.9 billon.

Dalam 144 hektar tanah yang hendak di bangunkan itu ianya membabitkan pembinaan padang golf 18 lubang dan bakinya akan di bangunkan perumahan Eksklusif.

9 lubang Padang Golf yang pertama yang di bina atas tapak padang golf lama Bukit Malut Langkawi telah berjaya di bangunkan dengan segala kos pembangunan di tanggung oleh Pihak Syarikat Terra Monda, KCB hanya mengeluarkan kos pengurusan projek berkenaan sahaja.

Apabila Kerajaan Negeri betukar pentadbiran, pembinaan 9 lubang Padang Golf yang kedua enggan di teruskan oleh Azizan Razak yang di lantik sebagai pengerusi KCB dan CEO KCB yang baru pulak Akashah  Ismail kerana menganggap milikan 20% saham KCB di dalam syarikat 99 East Langkawi tidak mencukupi untuk memenuhi sikap tamak Azizan Razak.

Apa yang dapat di lihat adalah sikap ketamakan Azizan Razak sebagai pengerusi KCB apabila tidak bersetuju dengan pemilikan saham 20% berkenaan di sebalik KCB hanya menyediakan tanah yang hendak di bangunkan berbanding syarikat Terra Monda yang mengeluarkan segala kos pembangunan membabitkan projek bernilai RM1.9 Billon itu.

Setelah kegagalan Azizan Razak memenuhi sikap tamaknya itu kerana melanggar syarat perjanjian yang di lakukan KCB dan Terra Monda, Azizan Razak telah membuat perancangan untuk menghentikan projek berkenaan dengan enggan membuat pengambilan tanah milik Permodalan Kedah Berhad (GLC Kerajaan Negeri ) untuk di berikan kepada KCB bagi meneruskan projek pembangunan 9 lubang Padang Golf yang ke dua di Bukit Malut Langkawi.

Dari maklumat yang di perolehi setelah keengganan Azizan Razak meneruskan projek berkenaan, Azizan Razak telah mengarahkan CEO KCB yang baru, Akashah Ismail mencari projek di luar Negara dan hasilnya adalah projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guinea (PNG) yang telah menyebabkan KCB mengalami kerugian yang amat besar setelah kegagalan projek berkenaan. 

Kini akibat keengganan Azizan Razak meneruskan projek 99 East di Langkawi, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban kewangan setelah mahu menghentikan projek berkenaan kerana ianya membabitkan kos kewangan di dalam membatalkan projek berkenaan dengan syarikat Terra Monda.

Yang nyata sekarang, Kerajaan Negeri pentadbiran Azizan Razak lah yang telah menyebabkan KCB terpaksa menanggung beban kewangan setelah mahu menghentikan projek 99 East di langkawi.


Kenyataan Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor dalam blognya.


Jika di lihat dari kenyataan Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor di atas ini membabitkan laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi, ternyata ianya kenyataan yang cuba memutar belit isu apabila menyalahkan bekas CEO KCB yang dahulu (Dato' Tajul Urus ) sedangkan yang mengakibatkan KCB menanggung beban kewangan adalah Azizan Razak selaku Pengerusi KCB setelah mahu menghentikan projek berkenaan.
Antara kesalahan lain yang di letakkan kepada bekas CEO KCB yang telah membawa masuk pelabur Terra Monda adalah kegagalan menyediakan tanah untuk projek 99 East di langkawi.



Tempat yang hendak di bangunkan projek 99 East di Langkawi merupakan tanah milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sebuah syarikat GLC Kerajaan Negeri milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan beberapa pihak lain dalam Kerajaan Negeri seperti mana syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB) juga.

Agak mustahil dan melucukan dengan menggunakan alasan KCB tidak memiliki tanah , Setpol Azizan Razak hendak menyalahkan KCB di zaman pentadbiran BN, sedangkan Azizan Razak merupakan Pengerusi PMBKed yang memegang syarikat KCB dan PKB.

Azizan Razak sebagai pengerusi di PMBKed dan pengerusi di syarikat GLC yang berada di bawah PMBKed, Azizan Razak mempunyai kuasa untuk meluluskan tanah untuk projek 99 East di Langkawi. Oleh itu soal tanah bukannya alasan yang sesuai untuk di jadikan salah satu isu untuk di salahkan pihak lain akibat bebanan yang terpaksa di tanggung KCB.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog