Azizan Razak patut berterus terang soal projek pembelian lembu dari sebuah syarikat penternakan di Perth Australia untuk di pasarkan ke Indonesia pada tahun 2010.
Azizan Razak pernah bersama Mihat dan beberpa rombongan termasuklah Sanusi Md Nor, Setpol Azizan Razak telah pergi ke Perth, Australia untuk mendatangani MOU dengan Syarikat penternakan di Perth Australia.
Sekarang Azizan Razak perlu memperjelaskan apakah status projek berkenaan dan berapa kerugian yang di laburkan di sebalik MOU dengan syarikat terbabit ?
Untuk pengetahuan semua, lembu yang akan di pasarkan ke Indonesia adalah dengan usahasama antara Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS dan Gus Dur ( Bekas Presiden Indonesia ) melalui Pertubuhan Nahdatul Ulama yang membekalkan daging di Indonesia.
Di harapkan Azizan Razak tidak memberi jawapan bodohnya itu " Saya Tak Tahu" sebab jawapan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang di beri kuasa oleh rakyat mentadbir Kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment