pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, October 17, 2012

Di Sebabkan Sudah Hilang Sabar, Ulama PAS Kedah Mengkritik DAP Kedah Tanpa Di Bantu Pemimpin PAS


Pisau Kedah berasa bangga dan memuji dengan kenyataan yang di keluarkan Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah yang menunjukkan dirinya tidak akan berkompromi dalam soal dasar perjuangan parti yang sejak akhir-akhir ini bagaikan di permainkan DAP.


Perkara yang sepatutnya di puji, Pisau Kedah akan puji. Perkara yang sepatutnya Pisau Kedah kritik , Pisau Kedah akan kritik


Apa yang di perkatakan SU Dewan Ulama Pas Kedah adalah benar. PAS patut menjaga maruah parti yang kian tercalar di sebabkan parti DAP yang langsung tidak pernah menghormat langsung pendirian PAS walau pun di dalam negeri yang di tadbir PAS.

Kenyataan yang di buat SU Dewan Ulama PAS Kedah ini berikutan sikap DAP Kedah mempertikai dan menentang garis panduan baru berkaitan papan iklan yang di tetapkan Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad yang haruslah bercirikan Islam.

Malahan dalam masa yang sama DAP Kedah juga menegaskan akan menentang dan tidak akan memberi sokongan  terhadap undang-undang hudud atau apa saja undang yang berkaitan dengan isu penubuhan Negara Islam yang akan cuba di lakukan dalam Kedah

Sehingga ke hari ini tidak seorang pun pemimpin dari PAS Negeri mahu pun PAS Pusat yang berkepentingan dalam politik menegur sikap DAP Kedah yang langsung tidak menghormati PAS sebagai peneraju pentadbiran Kedah. 

Pemimpin PAS Negeri dan PAS Pusat bagaikan hilang kejantanan bila berhadapan dengan kuasa politik DAP.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog