pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, October 15, 2012

Terpanas !!!! DAP Kedah Mahu Menetang Undang-Undang Berunsur Islam Di Kedah #tukarkedah #SGB


Dahulu PAS pernah menyatakan bahawa perpaduan UMNO dengan MCA dan MIC umpama meletakan seketul daging babi ke dalam sekawah gulai daging yang suci untuk menunjukan bahawa perpaduan yang di lakukan UMNO adalah haram.

Setelah perpaduan PAS dengan DAP demi kuasa dan dendam terhadap UMNO , perumpamaan yang telah mereka berikan kepada UMNO dahulunya telah membuatkan PAS malu besar kini.

Malahan jangan terkejut sekiranya Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS pernah menyatakan dalam ucapannya di sebuah hotel Selangor dalam majlis tertutup bahawa dia sangup makan daging babi dengan Lim Guan Eng dari memakan Ayam dengan Najib menunjukan sikap PAS sekarang sudah jauh tersasar dari perjuangan Islam yang sebenar.

Terkini PAS bagaikan di cucuk hidungnya apabila seorang pun dari PAS sanggup mempertikai kenyataan yang telah di buat DAP Kedah apabila menegaskan bahawa DAP Kedah akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ianya mahu di laksanaka di Kedah.

Kenyataan yang di buat DAP Kedah ini berikutan tindakan Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad mengeluarkan garis panduan baru pemasangan papan iklan di Alor Setar perlulah bercirikan keislaman.


ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.  
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranyamenggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam. 
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.  
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.  
Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan. -Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog