pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, October 18, 2012

Eksklusif !!! PKR Sungai Petani Menghina Dan Menipu Penduduk Di Sungai Petani


Sebelum ini (di sini) Pisau Kedah ada menceritakan penduduk Taman Mutiara Mengamuk menuntut Ahli Parlimen (PKR) Sungai Petani, Johari Abdul dan Ahli Majlis MPSPK, P. Sritharan yang juga merupakan orang berjawatan dalam PKR ranting Sungai Petani menunaikan janji yang telah di buat berkenaan permasalahan  pencawang telekomunikasi haram yang telah didirikan atas bangunan kedai dua tingkat di Taman Mutiara Sungai Petani.



Pada 24/06/2012, Penduduk Taman Mutiara, Sungai Petani telah menghantar satu surat bantahan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) berkenaan satu pencawang telekomunikasi syarikat Packet One Network (M) Sdn Bhd yang telah beroperasi di atas bangunan kedai dua tingkat semenjak bulan Mac 2012.

Apabila di selidik, ternyata pencawang berkenaan di dirikan tanpa ada lesen dari pihak berkuasa tempatan MPSPK di atas bangunan tersebut.

Setelah itu pihak MPSPK telah mengeluar satu notis runtuh (24jam) kepada syarikat berkenaan pada 03/Julai/2012, bertujuan mengarahkan syarikat terbabit meruntuhkan struktur binaan pencawang telekomunikasi dalam masa 24 jam setelah syarikat terbabit di dapati bersalah tidak memohon lesen membina / memasang pencawang di atas bangunan.



Bertarikh 04/Julai/2012, pihak syarikat terbabit telah menghantar surat rayuan penangguhan merobohkan menara telekomunikasi tersebut kepada pihak MPSPK, namun pihak MPSPK telah mengeluarkan satu notis bahawa rayuan di tolak pada 13/September/2012 dan memberi masa 30 hari dari tarikh berkenaan untuk menghentikan operasi pencawang tersebut dan memindahkannya.



Pada masa yang sama, penduduk Taman berkenaan juga ada membuat aduan kepada Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Johari Abdul dan Johari Abdul telah berjanji akan menyelesaikan permaslahan berkenaan dengan secepat yang mungkin namun harapan penantian penduduk Taman berkenaan hanyalah sia-sia apabila pencawang berkenaan tetap beroperasi seperti biasa setelah di beri masa sebulan oleh pihak MPSPK untuk menghentikan operasi pencawang telekomunikasi berkenaan.

Bertarikh 11/October/2012,  dua hari sebelum notis yang di keluarkan MPSPK berakhir, penduduk taman berkenaan telah mengadakan satu bantahan terhadap pencawang telekomunikasi berkenaan, Pihak MPSPK yang di wakili Ahli Majlis, P.Sritharan yang juga merupakan orang yang berjawatan dalam PKR cabang Sungai Petani telah datang berjumpa penduduk yang mengadakan bantahan berkenaan.

Di khabarkan telah berlaku pertikaman lidah di antara Ahli Majlis MPSPK tersebut dengan penduduk Taman berkenaan yang akhirnya telah membuat Ahli Majlis berkenaan mengeluarkan satu kenyataan yang cukup rasist seolah-olah Ahli Majlis berkenaan anti perkauman dengan menyatakan "Negeri Ini Bukan Negara China ". ( ianya merujuk kepada penduduk Taman berkenaan yang berada dalam bantahan tersebut  majoritinya berbangsa Cina) 

Setelah keadaan pertikaman lidah reda, Ahli Majlis berkenaan telah mengarahkan penduduk Taman berkenaan menyewa kren pada 17/10/2012 dan dia berjanji sekiranya tidak ada tindakan yang di ambil pihak MPSPK sebelum tarikh itu Ahli Majlis berkenaan akan datang dengan sendiri untuk merobohkan pencawang berkenaan melalui kren yang di sewa penduduk Taman berkenaan.

Namun setelah tarikh seminggu yang di berikan Ahli Majlis berkenaan, penduduk Taman telah menyewa sebuah kren melalui duit yang di sumbangkan penduduk yang membuat bantahan pencawang telekomunikasi tersebut, tetapi kelibat Ahli Majlis berkenaan langsung tidak nampak pada tarikh yang di janjikan. Apabila panggilan telefon berkali-kali di lakukan wakil penduduk Taman berkenaan, Ahli Majlis tersebut tidak berani menjawapnya satu pun panggilan yang di lakukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog