pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, October 28, 2012

Rohingya Bergolak Lagi Dengan 800 Rumah Di Bakar 80 Umat Islam Maut





YANGON - Ekoran rusuhan berterusan sejak awal minggu lalu, yang menyebabkan lebih 800 premis musnah dalam kebakaran manakala sekurang-kurangnya 80 maut, pertubuhan Islam di Myanmar membatalkan sambutan Aidiladha kali ini.

Tiada sebab diberikan oleh Persatuan Islam Seluruh Myanmar berhubung keputusan mereka, laporCNN.

Bagaimanapun difahamkan keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sementara krisis di wilayah barat bertambah buruk.
Pertubuhan itu dianggotai oleh lima badan Islam utama di Myanmar.
Rusuhan antara masyarakat Buddha dan Muslim di negeri Rakhine bertambah buruk sejak awal minggu lalu menyebabkan 800 rumah dan bangunan musnah dalam kebakaran. Setakat kelmarin 64 orang dilaporkan maut. Angka pihak berkuasa menunjukkan ia mencecah 80 orang.
Dalam pada itu, BBC melaporkan bahawa Presiden Myanmar Thein Sein mengakui kemusnahan yang berlaku ekoran rusuhan di barat negara tersebut.
"Ada insiden di mana keseluruhan kawasan penempatan dan sebahagian bandar di negeri Rakhine bakar," kata jurucakap Presiden Myanmar, Zaw Htay dipetik BBC.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pendedahan Human Rights Watch bahawa lebih 800 premis musnah di bandar tepi pantai, Kyaukpyu.
Menurut badan hak asasi manusia itu, kebanyakan yang menjadi sasaran ialah masyarakat Islam Rohingya.
Jurucakap itu berkata, kerajaan Myanmar sedang mempertingkatkan tahap keselamatan di Rakhine, yang dahulunya dikenali sebagai Arakan.
"Jika perlu kami akan menghantar lebih ramai anggota polis dan tentera," katanya.
Menurut maklumat kerajaan, minggu lalu sahaja jumlah kematian telah mencecah 82 orang manakala 129 cedera dan hampir 3,000 rumah telah musnah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog