pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, October 22, 2012

Panas !!! Bukti Yang Tak Boleh Di Pertikai Membabitkan Kelemahan dan Penyelewengan Kerajaan Negeri Kedah Yang Di Tadbir PAS


Apabila Audit Kerajaan Negeri Kedah menunjukan kelemahan dari segi pentadbiran dan berlakunya penyelewengan, blogger pencacai PAS Kedah telah menunding kesalahan semua itu kepada orang lain dan mengaitkan UMNO sekali bagi menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan Kedah di bawah PAS.

Satu yang melucukan apabila UMNO yang menjadi pembangkang di Kedah telah di persalahkan di dalam kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Apakah kelemahan pentadbiran yang berlaku di dalam Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) yang di pengerusikan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah juga nak di persalahkan UMNO juga ka ?



Pada keterangan yang di tandakan di atas menunjukan kelemahan pentadbiran yang cukup ketara di dalam Kedah Corporation Berhad (KCB) yang merupakan anak syarikat PMBKed.

Di dalam pengurusan KCB setiap projek yang di uruskan syarikat terbabit dari tahun 2008 sehingga 2010 ianya mencatatkan kerugian di dalam pelaburan yang tidak menguntungkan. 

Yang menjadi tanda tanya bagaimana pentadbiran kewangan syarikat yang di bawah PMBKed itu boleh membuat pembayaran terhadap sesuatu perkara dengan tidak mempunyai dokumen sokongan yang lengkap yang boleh berlaku penyelewangan ?

Apakah perkara ini pun nak menyalahkan UMNO ?

Hebat betul PAS di Kedah yang berbangga mengaku memperjuangkan Islam tapi perangai macam syaitan, buat salah lepas tu tuduh pada orang lain.

Selain dari kelemahan dalam Kedah Corporation Berhad yang di miliki PMBKed, sebuah lagi syarikat yang terpaksa Kerajaan Negeri menanggung kerugian adalah Kedah Agro Industries & Marketing Berhad (KAIMB) seperti yang tertera di bawah ini.



Jika di lihat di sebalik laporan audit ini, ternyata apa yang di lakukan KAIMB di dalam perjanjian yang di tandatangani tidak pernah di rujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri  di dalam menjaga kepentingan Kerajaan Negeri.

Apa yang di lakukan seolah-olah KAIMB ini berkuasa penuh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri pentadbiran PAS dengan tidak perlu melakukan perkara yang berlandaskan undang-undang, sedang hakikatnya KAIMB hanyalah sebuah syarikat yang di miliki PMBKed dan di pengerusikan oleh Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Walau pun kebanyakkan projek KAIMB gagal, sehingga kini Kerajaan Negeri terpaksa membayar hutang-hutang di sebalik projek yang gagal dan tidak berfaedah.

Mungkin tak semua mengetahui bahawa projek Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai ( 4PLJ ) yang terletak di kawasan persiaran Aman Jaya yang di bangunkan KAIMB telah menjadi salah satu aset projek gajah putih Kerajaan Negeri.


Apakah kelemahan pentadbiran ini pun nak salahkan UMNO yang menjadi pembangkan di Negeri Kedah ?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog