pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, October 24, 2012

Tu Dia !!! Azizan Razak Buang Tabiat Tentang Laporan Audit Kedah Corp Berhad #tukarkedah #SGB

Azizan Abdul Razak

Pisau Kedah nak tergelak besar apabila Azizan Razak kata dia bersedia di siasat dan akan memberi keterangan kepada polis dan SPRM berkenaan isu laporan audit yang menunjukan penyelewengan projek pembalakan dan peladangan di Papua New Guinea yang di usahakan syarikat Kedah Corp Berhad (KCB) yang di miliki penuh oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed).

Berani ka Azizan Razak nak beri kerjasama kepada pihak polis dan SPRM, sedangkan dalam isu Madrasah Salihiah, Azizan Razak kecut teloq untuk berhadapan dengan perbicaraan setelah enggan menghadirkan diri ke Mahkamah Alor Setar kelmarin. ( klik di sini untuk mengetahui kisah Azizan Razak kecut teloq untuk berhadapan dengan isu Madrasah Salihiah )

Kalau awal-awal dulu dalam Isu Madrasah Salihiah, Azizan Razak la hero nak tunjuk kata dia tidak bersalah di dalam mengadai Tanah Wakaf kepada pengiat kristian Pulau Pinang yang merupakan ahli perniagaan DAP Pulau Pinang, Sonny Ho untuk membina pusat membeli belah.


Berkenaan Kerugian projek KCB

Dalam Laporan Audit menunjukan kerugian yang di alami dalam projek yang diusahakan KCB di Papua New Guinea adalah kira-kira RM13.49 Juta.




Di sebalik kerugian RM13.49 Juta itu ada pembayaran pengurusan yang meragukan bernilai lebih dari RM0.5 Juta kerana tidak mempunyai DOKUMEN SOKONGAN YANG LENGKAP.

Puak PAS Kedah tak payah la nak menegakan anu yang telah lembik kerana telah nyata sesuatu pembayaran yang tidak mempunyai dokumen yang lengkap ianya boleh di kira menyeleweng.

Cuba lihat pada tarikh 12/11/2008, tuntutan yang di lakukan pihak MAS, vendor yang di lantik KCB dalam projek di Papua New Guinea berkenaan tuntutan pembelian kereta ( Pendahuluan kepada tuan tanah ) yang bernilai RM 145 ribu itu.

Bagaimana pihak KCB boleh meluluskan pembayaran tuntutan tanpa dokumen lengkap dan siapa yang bertanggungjawap meluluskan pembayaran semua tuntutan dalam KCB tanpa dokumen lengkap ?.

Siapa dalam PAS berani mengesahkan duit berkenaan di gunakan pihak MAS seperti apa yang di tuntut untuk pembelian kereta kepada tuan tanah projek berkenaan sedangkan tak ada dokumen yang lengkap.

Hanya orang yang terdorong kepada suapan sahaja yang boleh luluskan tuntutan pembayaran tanpa dokumen lengkap.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog