pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, October 14, 2012

Seramai Enam Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Mekah





BALING - Seramai enam jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika menunaikan rukun Islam kelima itu, akibat masalah kesihatan termasuk komplikasi jantung. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kesemua mereka yang meninggal berusia dalam lingkungan 50-an dan terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita. 

Beliau berkata mengikut perjanjian awal, setiap jemaah haji yang meninggal dunia di Arab Saudi, jenazah mereka tidak dihantar balik dan dikebumikan di sana. 

"Jenazah mereka akan dikebumi sama ada di Mekah atau di Madinah. Orang dulu-dulu berdoa nak mati di Mekah, nak mati di Madinah sebab itu polisi yang dipersetujui oleh semua, termasuk jemaah haji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Persekolahan sesi 2013 di Kompleks Rakan Muda Baling hari ini. 

Pada majlis itu, seramai 400 pelajar sekolah rendah dalam daerah Baling, yang terdiri daripada golongan keluarga miskin dan anak yatim, menerima set barangan bernilai RM215 setiap seorang.- Bernama 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog