pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, October 21, 2012

Siapa Yang Bakal Akan Kena ?? Laporan Polis Dan SPRM Telah Di Lakukan Terhadap Penyelewengan RM2.55 Juta Dalam Kerajaan Negeri Kedah.


Pisau Kedah sokong dengan tindakan yang di buat Pemuda PAS Kuala Kedah membuat laporan polis berkenaan penyelewengan yang berlaku membabitkan pembayaran terhadap 5 kontraktor hantu sebanyak RM2.55 Juta.

Dalam hal membabitkan rasuah dan penyelewengan sama ada dari pihak kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Pusat haruslah di perangi tanpa adanya kompromi.

Yang menghairankan Pisau Kedah kenapa sehingga sekarang pemimpin-pemimpin atasan Kerajaan Negeri hanya berdiam diri di dalam isu penyelewengan RM 2.55 juta ?

Selepas ini kita lihat siapa yang akan kena.

ALOR SETAR, 21 Okt (Bernama) -- Pemuda PAS Kuala Kedah mahu siasatan lanjut dijalankan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan perumahan awam kos rendah di negeri ini sepertimana dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. 
Sehubungan itu, Ketuanya Mohd Azizi Abdullah hari ini membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM di sini. 
"Salinan laporan itu telah dihantar kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut. 
"Kita tidak mahu sebarang penyelewengan berlaku di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan. Jika penyelewengan itu berlaku tindakan undang-undang patut diambil dan jika tidak, satu mekanisme untuk membetulkannya perlu dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini Ahad. 
Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan kerajaan PAS Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011.
-- BERNAMA



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog