pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 3, 2013

Panas !!! Ustaz Nasha Bidas Lim Guan Eng Hingga Boleh Buat Puak PAS Sakit Hati


- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan sama ada beliau akan turut menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Tamil dan Mandarin seperti tuntutannya terhadap Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, penjelasan tersebut perlu untuk mengetahui niat sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung tuntutan yang dilakukan.

"Saya mahu tanya Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah ini, adakah beliau akan tuntut digunakan juga dalam Bible versi bahasa Tamil dan Cina (Mandarin)?

"Kerana kalau tidak guna kepada kedua-dua Bible versi itu, mengapa beliau sibuk sangat nak gunakannya dalam Bible versi bahasa Melayu? Adakah beliau ada agenda tertentu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- Utusan


Pisau Kedah :-


Kalau di fikirkan secara logik, sememangnya Lim Guan Eng mempunyai agenda tertentu di dalam dia menuntut penggunaan Kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu. 

Apakah Bangsa Melayu ini penganut Agama Kristian di Malaysia sejak dari dahulu lagi ?

Di Malaysia, kalau di perkatakan Bangsa Melayu, ianya cukup berkait rapat dengan Agama Islam. Jika di sebut Agama Islam, sememangnya ianya berkait rapat dengan Bangsa Melayu.

Apa yang pastinya di sebalik tuntutan Lim Guan Eng dan beberapa orang pemimpin DAP, agenda mereka adalah menjatuhkan Islam dan Bangsa Melayu. Sekiranya jatuhnya Islam maka jatuh la Bangsa Melayu. Sekiranya jatuhnya Bangsa Melayu di Malaysia maka jatuh la Agama Islam di Malaysia. Begitu licik tindakan DAP.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog