pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 22, 2013

Pendedahan Panas !!! Siapa Pesuruhjaya PAS Negeri Yang Memiliki PORSHE Cayman Untuk Berjihad Kepada PAS.


Awal tadi Pisau Kedah ada menulis kisah seorang Pesuruhjaya PAS sebuah negeri di Malaysia memiliki sebuah kereta PORSHE Cayman untuk berjihad kepada PAS di PRU 13 ini ( klik di sini. )

Ramai di kalangan ahli-ahli PAS mengatakan ianya fitnah dari blogger pro UMNO untuk menjatuhkan PAS di saat PRU 13 semakin hampir kerana apa yang di perkatakan blogger pro UMNO tidak mempunyai bukti.

Bagi meyakinkan puak-puak pencacai PAS yang sedang meroyan menafikan cerita berkenaan, blogger pro UMNO hari ini telah mendedahkan dokumen pemilikan kereta tersebut dan ternyata ianya tertera nama  Hashim Bin Haji Jasin, Pesuruhjaya PAS Perlis.



Dari sumber maklumat yang di perolehi kereta PORSHE Cayman milik Ustaz Hashim Jasin bernombor pendaftaran WWF 3000 pernah di saman dua kali kerana memandu melebihi had laju yang di tetapkan dan salah satu dari saman berkenaan menunjukan kereta berkenaan telah di pandu melebihi 150 km/j


Selain memiliki dua saman ke atas kereta PORSHE Cayman yang di pandu melebihi had laju yang di benarkan, Ustaz Hashim Jasin juga memiliki SEBELAS saman ke atas kereta Wira bernombor pendaftaran RD 6943.

SEPULUH saman yang dikenakan adalah memandu melebihi had laju yang di benarkan dan SATU saman di sebabkan menghalang lalu lintas ( Saman Parking ).

Klik Gambar Untuk Besarkan

Kesemua jumlah keseluruhan saman yang belum di bayar Ustaz Hashim Jasin, berjumlah RM 1250.00.

Tak sangka Wakil-Wakil Rakyat PAS sekarang ni mampu memiliki dan membeli kereta mewah. Diantaranya ialah Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga merupakan ADUN Sanglang, Ustaz Hashim Jasin yang mampu memiliki Porsche Cayman. Bukan calang-calang orang yang mampu memiliki kereta mewah ini.

Inilah amalan yang patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin UMNO iaitu pemimpin-pemimpin PAS menabung dari kecil. Namun tak pastilah jika dengan duit gaji dan elaun sebagai Wakil Rakyat di Perlis mampu untuk membayar ansuran kenderaan berkenaan. Ini belum dicampur dengan kos penyelenggaraan, insuran dan lain-lain lagi.

Buat juak-juak PAS peringkat bawahan, teruskan usaha murni anda untuk menderma di setiap kantung derma di dalam ceramah-ceramah Pakatan Haram. Semoga usaha anda akan memastikan kunci ke syurga milik anda. Biaqlah hangpa naik motor buruk asalkan pemimpin-pemimpin hangpa boleh naik kereta Porsche!



1 comment:

KAMUNTING CENTRAL said...

Salam boss... Terbaik Blog boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com/ ke blog boss.... Terima Kasehhh Bosss.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog