pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 25, 2013

Panas !!! Harakahdaily Nafikan Ahli PAS Mempertahankan Kalimah Allah

Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.

Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”. Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?

Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.

Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.


Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?

1 comment:

Anonymous said...

Upahan UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog